Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, benda yang paling suka kita buat mesti makan kan. Berselera sahaja duduk rumah. Kalau terus macam ni, mahu naik 4-5kg badan ini. Dang Sari pun rasa macam dah naik jer berat badan ni.
Namun, jangan risau, hari ini Dang Sari akan share kan sedikit tips atau resepi yang boleh membantu korang menurunkan berat badan dan yang menariknya boleh bantu korang control selera makan.
Tips ini Dang Sari dapat dari ibu Dang Sari sendiri yang menggelarkannya sebagai Air Rempah yang sejak PKP ini dia dah berjaya turun 5kg tau.
Ini ramuan rahsianya korang! Namun Dang Sari nak bagitahu awal-awal! hasilnya bergantung pada badan masing-masing ye.
RESEPI AIR REMPAH
Bahan-Bahan
- 1 liter air
- 2 batang serai yang perlu diketuk
- 2 batang kulit kayu manis
- 4 ini halia diketuk
- 5 kuntum bunga cengkih
- 1 biji lemon dihiris
- Madu
Cara Membuatnya….
- Didihkan air terlebih dahulu
- Selepas air mendidih, masukkan kesemua bahan KECUALI Lemon dan Madu
- Biarkan ia masak selama 5 minit
- Kemudian angkat daripada api dan masukkan hirisan lemon
- Biarkan ianya selama satu jam terlebih dahulu.
- Sebelum minum jangan lupa letak madu terlebih dahulu
Waktu Dicadangkan Minum
- Waktu paling terbaik korang perlu minum pada waktu sarapan, makan tengahari dan sebelum tidur
Artikel berkaitan
Risau Dijangkiti Covid-19? Ini cara mudah ‘Check Up’ Sendiri Sebelum Ke Hospital
Profesor AS ‘Salute’ Malaysia Tangani Covid-19
Masih ada ke negara yang belum dijangkiti Covid-19?