Seriuslah wabak covid-19 dah dirancang? Semuanya ada dalam filem ni…

0 Comments

OMGGGG Cik Gaya betul-betul terkejut, selama ni kita selalu bercakap ada beberapa filem yang similar like apa yang berlaku pada dunia sekarang iaitu penularan wabak Covid-19. Tapi itu semua dah diceritakan dalam 1 drama Korea yang mana perbualannya memang mengenai koronavirus!

Drama Korea itu terbitan MBC bertajuk “My Secret, Terrius” dan disiarkan pada 27 September 2018 mengenai seorang wanita bernama Go Ae Rin (Jung In-Sung) yang kehilangan suaminya serta ejen National Intelligence Service (NIS) manakala Kim Bon (So Ji-Sub), bekas ejen pengintip, dalam episod ke-10 mereka ada memperkatakan mengenai virus itu.

Mereka berdua bekerjasama untuk mendedahkan kebenaran tentang kematian suami Go Ae Rin yang nampaknya terlibat dalam konspirasi besar.

Dalam episod 10, seorang doktor dilihat sedang memberi penjelasan mengenai koronavirus yang menyerang paru-paru dalam masa singkat.

Doktor itu turut mengatakan serangan koronavirus melalui pernafasan dan lebih berbahaya daripada MERS.

Doktor: Kita perlu melakukan lebih banyak kajian, tetapi ia kelihatan seperti mutan koronavirus.

Ejen NIS: Korona? Sama macam MERS?

Doktor: MERS, SARS hanyalah selsema biasa. Mereka semua dalam satu kategori dan mempunyai maklumat gen yang sama. Koronavirus serang saluran pernafasan. Ketika epidemik MERS serang pada 2015 kematian yang dicatatkan hanya 20%.

Ejen Nis: Tetapi itu tidak cukup serius untuk digunakan sebagai senjata. Adakah saya salah?

Doktor: Seperti yang saya katakan, ini adalah virus mutan. Seseorang telah melakukan sesuatu untuk meningkatkan kadar kematian kepada hampir 90%.

Ejen NIS: 90%?

Doktor: Apa yang lebih serius ialah koronavirus mempunyai tempoh pengeraman antara 2 hingga 14 hari. Virus itu dimanipulasi untuk menyerang paru-paru secara langsung dalam tempoh hanya 5 minit selepas ia terdedah.

Berdasarkan daripada penerangan doktor dalam drama Korea ini secara ringkas ia sudah dibincangkan pada 2018 sebelum virus itu tersebar di Wuhan.

Ia seolah menunjukkan koronavirus sebenarnya telah direka untuk dihantar kepada manusia.

What!? Seriuslah Cik Gaya masih terperanjat lagi dengan drama ni…

Okay ada masa ni, jom layan drama ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published.