Suami guna tiktok, tunjuk netizen basuh baju isteri

0 Comments

Ramai yang cakap sendu, pishang, dah tak tahu nak buat apa lagi dekat rumah lah, macam-macam korang cakap, tapi Cik Gaya tengok ada je idea yang korang buat kan?

Apps paling famous setakat ni tiktok, ramai buat video-video kelakar berkaitan covid-19 ni! Power jugak idea korang ni… Cik Gaya pun layankan jela sambil layan Netfilix dekat rumah ni.

Ada 1 video yang Cik Gaya nak share dengan korang, tentang lelaki waktu covid-19 ni bukan takat beli barang dekat pasaraya je, malah dia jugak yang buat semua kerja rumah.

Dari kemas rumah, bersih halaman, bersihkan ruangan, masak untuk isteri dan anak-anak, basuh baju isteri, jemur baju, semua dia lah yang buat.

Yang buatkan video ni kelakar, muka laki tu sendiri yang selamba, baju biru dengan kain pelikat kotak-kotat warna coklat, dan pakai tuala di bahagian kepala!

Dia siap kata “beginilah kalau seharian di rumah”, dan waktu ditunjukkan dia basuh baju isteri, baju yang berwarna pink tu diangkat keluar dari mesin basuh sambil tangan kanannya digerakkan kearah kamera sambil badannya bergoyang-goyang!

Haha Cik Ju rasa lulus dah kalau kaum lelaki ni buat kerja rumah, so kita yang mak-mak boleh gi buat kerja dekat luar pulak ke macam mana ni? Ehehe

Haa jom kita layan video dia ni!

p/s : Tapi Cik Ju nak tanya, siapa agaknye yang tolong rekod video tiktok awak ni ye cik abang?

Sumber video tiktok : @muahudamohd

Leave a Reply

Your email address will not be published.