Malaysia Bakal Lancar Aplikasi Covid-19 Setanding ‘Trace Together’

0 Comments

Buat korang yang gusar dijangkiti Covid-19! Jangan risau, kalau nak tahu, kerajaan kini sedang membangunkan aplikasi di telefon pintas yang dapat mengesan pergerakan orang ramai bagi membanteras wabak ini.

Aplikasi itu dijangka akan dilancarkan tidak lama. Ia mendapat ilham daripada negara Singapura yang telah melancarkan satu aplikasi telefon pintar yang bernama Trace Together beberapa hari lalu.

Kredit : Mobi Health News

Aplikasi itu dikatakan mampu mengenal pasti orang yang berada dua meter dengan pesakit koronavirus selama sekurang-kurangnya 30 minit dengan menggunakan teknologi bluetooth.

Tidak setakat itu, menurut sumber yang Dang Sari peroleh, aplikasi itu juga berguna apabila mereka yang dijangkiti tidak dapat mengingat semula siapa yang mereka pernah dekati sebelum ini.

Kredit : Goodyfeed

Setakat ini, aplikasi Trace Together itu telah dimuat turun oleh lebih daripada 620,000 pengguna. Aplikasi tersebut boleh dimuat turun oleh pengguna peranti pintar iOS atau Android.

Dang Sari lihat, usaha yang dilakukan kerajaan ini sedikit sebanyak mampu membantu rakyat di Malaysia, malah masyarakat antarabangsa juga dalam memerangi pandemik Covid-19.

Kredit : Nextren

Walaupun Malaysia belum melancarkan lagi aplikasi itu, apa kata jom kita cuba download dulu yang Singapura punya aps dahulu. Mana tahu ia mampu menghilangkan sedikit kerisauan korang yang terbuku di hati dek kerana Covid-19

Artikel berkaitan
Risau Dijangkiti Covid-19? Ini cara mudah ‘Check Up’ Sendiri Sebelum Ke Hospital
Profesor AS ‘Salute’ Malaysia Tangani Covid-19
Masih ada ke negara yang belum dijangkiti Covid-19?

Leave a Reply

Your email address will not be published.