Jom try makan burger covid-19!

0 Comments

Nak pergi travel waktu ni memang tak boleh, tapi korang jangan tension, simpan dulu niat tu, kumpul duit kaw-kaw, lepas dah habis covid-19 ni, travel lah habis-habis dengan member dekat tempat yang memang korang nak plan.

Cakap pasal plan, Cik Gaya ada 1 idea best untuk korang, ada 1 tempat yang mereka buat burger bentuk covid-19. Pelik kan? Ala Cik Gaya taw korang memang nak try punya benda pelik-pelik ni…

Well… ada seorang chef Pizza Home di Vietnam menggunakan kepakaran untuk menghasilkan burger Covid-19.

Memetik laporan India Today, Hoang Tung mula menjual burger berbentuk virus sebagai usaha meningkatkan moral orang ramai ketika berdepan situasi menangani wabak ini.

Hasil darippada itu, Tung dan pasukannya telah mencipta burger teh hijau dengan mini tanduk imej virus.

Kedai tu setakat ni hanya menerima order untuk dibawa pulang dan ia mampu menjual 50 burger sehari walaupun kebanyakan perniagaan di Vietnam ditutup akibat wabak itu.

Menggunakan falsafah makan untuk melawan virus itu, Tung menyebarkan mesej dalam ciptaan resipi terbarunya itu.

“Kalau korang takutkan sesuatu, korang patut makannya. Koronavirus tidak menakutkan lagi selepas korang makan burger dalam bentuk virus itu sendiri.

“Ini cara pemikiran untuk menyebarkan kegembiraan kepada orang lain ketika menghadapi pandemik ini,” katanya.

Datuknya, Dang Dinh Quy, berpandangan burger itu sebagai perangsang semangat ketika berdepan wabak itu.

“Koronavirus ini sangat bahaya. Tetapi jika kita makan burger dalam bentuk virus itu, dalam pemikiran kita seolah-olah kita mencapai kemenangan.

“Jika hendak peranginya, anda perlu makannya terlebih dulu,” katanya.

Pertengahan Februari lalu, Vietnam mengesahkan 16 kes pesakit yang dijangkiti sudah sembuh, namun angka itu berubah selepas kemasukan pelawat dari luar negara dan warga Vietnam yang pulang ke negara itu.

Harap-harap lepas dari covid-19 ni burger tu masih dijual, so boleh la kita travel ke Vietnam tu, biar Cik Gaya pulak makan virus tu! haha

Leave a Reply

Your email address will not be published.