Unik! Sebuah Rumah Namun Milik Malaysia & Indonesia

0 Comments

Ada satu rumah ini bagi Dang Sari sangat unik, bukan sebab rekaannya yang serba mewah atau berteknologi ataupun mempunyai kesenian pada rumahnya. Tidak korang! Tetapi hanya sebuah rumah kayu biasa sahaja namun didirikan di sempadan dua negara iaitu, Indonesia dan Malaysia.

Hah! Mesti korang terkejut bila mendengarnya, bukan? Rumah ini terletak di Pulau Sebatik di mana ia berkedudukan di sebelah Timur Laut Kalimantan dan menjadi sebahagian daripada Kalimantan utara.

Kredit : Mingguan Wanita

Buat pengetahuan korang, Pulau Sebatik terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian Utara adalah milik Malaysia manakala bahagian Selatan adalah milik Indonesia.

Yang menariknya, rumah yang dikenali sebagai ‘rumah dua negara’ itu bahagian ruang tamu rumah ini dicat dengan warna merah putih melambangkan Indonesia manakala bendera Jalur Gemilang berkibar di bahagian dapur.

Kredit : Detik

Sempadan kawasan kedua-dua negara didalam rumah ini terletak betul-betul di tengah-tengah rumah iaitu terdapat tanda sempadan di laluan jalan dari arah ruang tamu menuju ke ruang dapur rumah.

Merasakan sebagai satu pengalaman sangat bermakna semasa berada di dalam rumah ini, sesekali Dang terfikir-fikir secara keliru? Aku sebenarnya berada di Malaysia atau di Indonesia? Sekejap ke dapur (ke Malaysia) dan sekejap ke ruang tamu (ke Indonesia), eh pening !?!? haha ??

Kredit : Facebook Osman Saide
Kredit : Facebook Osman Saide

Sesekali terfikir juga, pemilik rumah ini agak-agaknya adakah dia memiliki dua taraf kewarganegaraan? haha abaikan soal itu, asalkan ianya unik dan jadi tumpuan umum dan kini menjadi tumpuan orang ramai khususnya pelancong dari luar negara.

Apapun, itu soal sempadan dua negara, keunikannya berbeza-beza di satu-satu tempat. Tapi tahukah anda, sempadan poligami terletak dimana? sempadan poligami tidak terletak di mana-mana tapi terletak di hadapan kita, iaitu ketika kita melihat isteri kita, itulah sempadannya. Haha

Artikel berkaitan
Malaysia Bakal Lancar Aplikasi Covid-19 Setanding ‘Trace Together’
Risau gemuk ketika PKP! Jangan risau, ‘Air Rempah’ Mampu Buat Anda ‘Slim’

Leave a Reply

Your email address will not be published.