Meriah beli barang dekat pasar, esok raya ke cik?

0 Comments

Punya dah banyak yang lockdown, skali Cik Gaya tertengok ada tempat yang masih lagi boleh lenggang kangkung beli barang dekat pasar macam esok hari raya. Haha!

Posting ni viral di FB Muhsin Latheef apabila kejadiannya diambil pada semalam di Pasar Air Itam Pulau Pinang. Ia mendapat hampir 3000 share, hampir 3000 komen dan 3000 orang yang marah dengan kejadian yang berlaku tu.

Cik Gaya tak tahu nak rasa apa, marah ke atau nak gelak sebab ada lagi yang ingkar dengan arahan kerajaan ni.  Cik Gaya rasa terpanggil untuk share dengan uols semua sebagai kesedaran yang perlu ada pada diri kita semua.

Kesian frontliners, kesian doktor, nurse yang bertungkus lumus cuba perangi covid-19. PM pun dah nasihatkan, jangan keluar rumah, duduk rumah, putuskan rangkaian covid-19 ni, so kita kena prihatin dengan mereka ni yang terpaksa menjauhkan diri daripada anak-anak sebab takut berjangkit, ada yang perlu dikuarantin 14 hari.

Kesian kan? Jom kita sama2 bantu negara untuk putuskan rangkaian covid-19!

Terbaru, kawasan di Sungai Lui, Hulu Langat telah lockdown semalam kerana pertambahan jumlah jangkitan covid-19 di situ.

Leave a Reply

Your email address will not be published.