Idea Kreatif ini Buat Anda Tak Sabar Melancong Selepas PKP

0 Comments

Hello guys… selamat kembali bersama BKM. Pastinya ramai di antara kita yang merindukan untuk pi bercuti tapi tenang je guys, tunggu sampai habis PKP ni. Hari ini I nak share sedikit tips yang pasti dapat memudahkan you guys semua ketika bercuti.

Idea ini timbul ketika BKM sampai di Bali bersama rakan I awal tahun lalu yang memaksa kami berfikir secara cepat dan kreatif untuk ke hotel berhampiran pusat bandar.

Selepas memerhati sekeliling, penulis ternampak seorang gadis penjual mee goreng di sebuah gerai dan ‘mentol’ dalam kepala tiba-tiba menyala. Lantas tercetus beberapa idea kreatif yang sangat membantu ketika melancong dan I tak mahu perkara buruk menimpa you guys semua.

1. Muat turun Google Maps

Ini penting kerana Google Maps merupakan sebuah aplikasi yang kita boleh gunakan tanpa sambungan internet cuma korang perlu pastikan ruang penyimpanan dalam telefon anda mencukupi.

2. Pakai jaket untuk perjalanan udara

Kredit : kickstarter

Bukan apa, jaket memudahkan anda menyimpan banyak barang. Tak perlu galas beg lebih sebaliknya simpan saja barangan seperti telefon, kabel telefon, beg duit, kunci, kaca mata atau ‘power bank’ dalam jaket dan bila tiba di kaunter pemeriksaan, letakkan saja jaket anda. Jaket juga boleh dijadikan selimut atau bantal sementara di dalam pesawat.

3. Research Kedai Makan Halal Terlebih Dahulu

Kredit: Unsplash

Untuk pengembara Muslim, korang senaraikan terlebih dulu kedai makan halal di negara bukan Islam yang akan dikunjungi. Perkara ini sangat membantu korang khususnya negara yang korang pergi itu tidak mempunyai rakyat fasih berbahasa Inggeris.

Sebelum berangkat, buat carian di Internet kedai makanan halal berhampiran hotel penginapan anda dan bila sampai waktunya, minta penjaga kaunter tulis dalam tulisan tempatan alamat kedai makan halal untuk diberikan kepada pemandu teksi atau ‘e-hailing’.

4. Tak Jumpa Kedai Halal? Perhatikan rekaan grafik papan tanda dan hiasan luaran kedai

Kredit : Tripzilla

Ketika BKM berkunjung ke Hong Kong beberapa tahun lalu, walaupun sudah menyenaraikan dahulu kedai makanan halal yang ingin ditujui, pemandu teksi tetap tersalah bawa ke kedai tidak halal. Tambah menyusahkan boleh dikatakan tiada langsung penduduk setempat tahu berbahasa Inggeris.

BKM kemudian menyusur ke beberapa premis berhampiran dan kemudian ternampak ada kedai makanan menggunakan tulisan Arab dan mempunyai rekaan grafik seakan-akan kubah. Ternyata ia adalah kedai makanan halal yang dicari.

5. Boleh Nikmati Minuman Sejuk Walau Tanpa Peti Sejuk

Kredit : Twitter

Untuk yang menginginkan minuman sejuk tapi bilik hotel tiada peti sejuk, beli seplastik air batu dari kedai serbaneka berhampiran dan letakkan dalam singki serta letakkan minuman anda di dalamnya. Memang berguna idea ini terutama untuk mereka yang berjalan ke tempat beriklim panas.

6. Gulungkan baju yang dibawa sebelum dimasukkan dalam beg

I ni jenis rimas nak bawak beg banyak-banyak kalau pergi travel. Kalau boleh, satu beg dah cukup. Mungkin ada antara korang ingin berjalan agak lama di sesuatu tempat tapi enggan bawa beg besar. Cara ini membolehkan anda bawa lebih banyak pakaian untuk ‘disumbat’ dalam beg.

7. Letak kasut atau selipar dalam topi mandi sebelum disimpan dalam beg

Kredit : Cleaver Journey

Ini penting kerana ia dapat mengelakkan debu daripada kasut atau selipar terkena pakaian yang disimpan bersama dalam beg.

So, selamat mencuba korang tapi jangan cuba sekarang, cuba selepas PKP tamat ini. Buat masa sekarang ini kita “Just Stay Home”

Artikel berkaitan
Air Asia ‘Izin’ Tukar Tarikh Tiket Penerbangan Dek Kerana Covid-19
Risau gemuk ketika PKP! Jangan risau, ‘Air Rempah’ Mampu Buat Anda ‘Slim’

Leave a Reply

Your email address will not be published.