Ada sesiapa di sini mahu berkunjung ke Perlis, dan masih tercari-cari restoran mana yang sedap dan semestinya terbaik di Kangar? Restoran yang menawarkan makanan terutamanya stik yang enak dan segar dari ladang, dan harganya yang berpatutan? Jangan risau! Dang Sari tahu restoran mana yang patut korang kunjungi, semestinya korang akan berpuas hati!
Orang Kangar kalau tak pernah dengar tentang restoran Chortiez & Co, memang rugi! Chortiez & Co merupakan antara steakhouse yang ‘laku keras’ di Perlis, terutamanya di Kangar sendiri. Mula beroperasi pada tahun 2016 d restoran Chortiez & Co ini boleh dikatakan agak popular juga di sini.
Apa yang menarik di restoran Chortiez & Co ini ya? Teruskan membaca!
Chicken Chop bersama Sos ‘Homemade’ yang menjilat jari
Hidangan utama di restoran Chortiez & Co ini semuanya berasaskan lauk yang dipanggang. Antara menu yang dihidangkan termasuklah Chicken Chop, yang dihidangkan bersama dua jenis sos yang pekat iaitu sos Black Pepper Honey dan sos Mushroom Cheese. Grilled Chicken Breast juga turut dihidangkan di sini, isi ayam panggang yang berjus, memang enak!
Lamb Chop yang Lembut, Padu dan Mengenyangkan
Hidangan yang agak popular di sini semestinya Lamb Chop! Lamb Chop di sini bukan biasa-biasa. Daging kambing yang tebal dan segar, dihidangkan bersama sos buatan sendiri yang mempunyai ramuan istimewanya yang tersendiri, tidak hairanlah Lamb Chop di restoran Chortiez & Co ini menjadi kegilaan ramai! Tengok sahaja dah meleleh air liur, inikan pulak setelah dirasai!
Burger Tengkolok, Paling Unik, Sedap dan Laku Keras!
Korang pernah terdengar tentang Burger Tengkolok? Namanya unik, bukan?
Yang membuatkan Tengkolok Beef Cheese Burger atau lebih dikenali dengan Burger Tengkolok ini istimewa ialah cara pembuatan dagingnya yang unik. Kalau anda nak tahu, daging burger ini ialah buatan sendiri dan bukan diproses! Yang lebih menarik lagi, keju mozzarella yang ditambah dalam burger ini sebenarnya disumbat ke dalam daging kisar itu dahulu dan kemudiannya baru dipanggang dagingnya! Menarik dan unik, bukan?
Itu Jer Ke? Tidak, Ada Lagi!
Pasta juga turut disediakan di sini! Yang pasti, pasta di restoran Chortiez & Co ini luar biasa sedapnya. Antara pasta yang dihidangkan termasuklah Spaghetti Bolognese with Parmesan Cheese, sedap dan tidak muak. Bagi penggemar makanan laut, menu ini pasti mengujakan buat anda! Spaghetti Seafood Marinara dan Fettuccini Marinara juga ada disediakan di sini, dihidangkan bersama udang dan kupang. Sedapnya!
Hidangan di restoran Chortiez & Co ini memang kebanyakannya berasaskan makanan Barat, tapi sebagai negara yang terkenal dengan kehadiran nasi dalam makanan kita, semestinya di sini juga ada menyediakan nasi!
Antara hidangan yang disediakan ialah Nasi Goreng Lamb Chop, Nasi Goreng Ayam, dan Nasi Goreng Meatball. Lebih mengenyangkan dan lebih puas hati juga, bak kata pepatah gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati! Andai Dang Sari senaraikan satu persatu menu yang sedap di restoran Chortiez & Co, pasti tidak akan habis ceritanya!
Restoran Chortiez & Co ini bertempat di Taman Sena Indah, Kangar Perlis dan beroperasi setiap hari pada jam 5 petang hingga 2 pagi. Anda nak tahu satu perkara yang menarik tentang restoran Chortiez & Co?
Restoran Chortiez & Co juga ada sesi ‘busking’. Jadi semasa menghayati keenakan Burger Tengkolok, anda juga boleh bersantai sambil mendengar lagu yang buskers di sini nyanyikan! Di hadapan restoran ini juga terdapat pasar lambak tau!
Haa, mengujakan, bukan? Bagi sesiapa yang bercadang untuk berkunjung ke Perlis atau bagi yang menetap di Kangar lepas PKP ni, cepat-cepatlah serbu restoran Chortiez & Co ya!
Artikel berkaitan
Pilot Cafe Cipta Rasa Western ‘Terboek’ di Kangar
Kedai Mie jamu mata pengunjung dengan Jalur Gemilang setiap hari