Jom chill sambil layan nature dengan member di Sekeping Serendah

0 Comments

Cik Gaya tahu bila dah habis PKP ni, korang mesti akan lepak lama dengan member sebab banyak benda yang nak disembangkan. Tapi kat mana eh yg best?

So Cik Gaya ada idea yg best dekat korang iaitu Sekeping Serendah! hrmm nama pun pelik kan? yes… ni memang tempat khas untuk korang yang nak jauh dari gangguan, korang boleh borak puas-puas selama mana yang korang nak.

View dia pun cantik, tenang  je, jauh dari bunyi bising, ibarat macam korang balik kampung, nyaman je rasa. Ia memang sengaja dibuat ke dalam sedikit sebab nak bagi feel yang lain daripada tempat lain. Sumpah korang takkan menyesal punya!

Sedikit info untuk korang, kalau dr KL perjalanannya tak jauh mana nak drive, dalam sejam lebih dah sampai. dan u guys akan melalui 2 kampung orang asli dari bandar Serendah sebelum sampai di tempat tu.

And once dah sampai, korang mesti terpegun dengan design rumah yang dibuat dekat Sekeping Serendah tu. di sini, ada beberapa design yang korang boleh pilih, bergantung berapa ramai member yang akan join dan jenis macam mana yang korang suka. So korang wajib try tempat ni..

Cakap tentang aktiviti pulak, dekat sini korang boleh BBQ, swimming dikelilingi pokok hijau, sangat lah menenangkan!

Berhampiran Sekeping Serendah jugak ada beberapa tarikan lain yang korang boleh pergi, antaranya air terjun, kampung orang asli, kolam memancing, Serendah Golf, jungle trekking, Fraser Hill dan Genting Highlands di mana korang hanya perlu drive selama 45 minit untuk sampai ke Skyway Station!

Tengok gambar pun menarik, kan? so boleh la risik-risik dengan member korang tu nak datang sini!

sumber : @yayaaminxx (Twitter)
sumber gambar utama : @hobartkho (Instagram)

Leave a Reply

Your email address will not be published.