Kreatif… robot naik pentas terima sijil graduasi

0 Comments

Biasanya korang akan tengok setiap pelajar akan naik pentas ambil sijil graduasi bila dah habis belajar kan? But this time memang rare sebab bukan pelajar, robot yang ambil sijil!

Benda ni berlaku di Jepun apabila pihak Business Breakthrough University / Graduate School (BBT) telah bertindak kreatif dengan menggunakan robot untuk menerima sijil bagi pihak pelajar, dan diletakkan tab yang mempunyai wajah setiap pelajar. Kreatif kan!?

Ia berikutan covid-19 yang tidak membenarkan masing-masing berkumpul dan mengadakan sebarang acara. So pihak universiti mengambil langkah ini untuk tidak menangguhkan hari graduasi mereka.

Menerusi laporan Mothership, Hari Graduasi BBT itu diadakan pada 28 Mac 2020 di Hotel Grand Palace, Tokyo.

Majlis tersebut dibuat secara online di mana robot avatar atau ‘Newme’ telah mewakili para pelajar untuk menerima sijil graduasi.

‘Newme’ digerakkan dengan empat roda yang berperanan sebagai kaki. Sebaik sahaja nama pelajar dipanggil, avatar ‘Newme’ akan muncul dengan memakai jubah dan topi graduasi kelulusan BBT University serta memaparkan wajah pelajar di tablet itu.

Menariknya, hari graduasi itu boleh ditonton para graduan sendiri melalui aplikasi zoom dan kebanyakan di antara mereka meluahkan rasa lega kerana semuanya berjalan lancar.

So hari graduasi mereka diadakan dalam keadaan selamat, tidak perlu berkumpul seperti hari graduasi yang normal, korang tetap dapat sijil. Itu yang penting!

Dalam hal ni sedikit sebanyak, kegelisahan mereka terubat, sijil dah confirm dapat. okay lah daripada tak dapat sijil tu langsung kan? and tak lah juga hari graduasi uols tertangguh. Sedih sikit jelah sebab tak dapat naik pentas!

So bila semua dah settle, PKP pun dah habis, korang boleh terus fokus cari kerja. Itulah yang terbaik!

Leave a Reply

Your email address will not be published.