Covid-19: Robot pesan suruh balik rumah cepat, jangan merayau

0 Comments

Sekarang ni jangan cakap polis, pocong pun turut sama buat roadblock di setiap kawasan keluar masuk sepanjang tempoh PKP ni.

Tapi ada lagi lebih menarik! Bila polis di Tunisia mula menggunakan robot yang boleh bercakap untuk menahan mereka yang berkeliaran semasa perintah berkurung.

Robot-robot di Tunisia dikawal dari jauh oleh pihak polis, dan mendekati mana-mana individu yang merayau.

Ketika ini, penduduk di Tunisia hanya dibenarkan keluar untuk membeli barang keperluan dan ubat-ubatan. Mana-mana individu yang ditahan perlu menunjukkan kad pengenalan atau dokumen peribadi mereka pada kamera robot.

Bagaimanapun, tidak dipastikan berapa banyak robot pengawasan yang diberi oleh PGuards, untuk digerakkan di Tunisia.

Menurut laporan BBC, pengeluar robot berkenaan, Enova Robotics enggan mendedahkan sebarang maklumat mengenai robot itu termasuklah kosnya dan menyifatkan perkara tersebut sulit.

PGuard merupakan robot yang digerakkan dengan 4 tayar, dan mempunyai teknologi pengesan cahaya dan jarak.

Dalam satu insiden, seorang lelaki disoal sekiranya dia mengetahui tentang perintah berkurung dan menjelaskan dia mahu keluar membeli rokok.

“Ok beli rokok, tapi cepat dan balik rumah,” kata robot itu.

Gambar: Twitter Tunisia

Leave a Reply

Your email address will not be published.