Kafe menarik ni di KL utk korang chill dan OOTD dengan member

0 Comments

Hi orang KL! Cik Gaya selalu perasan bila korang nak travel, OOTD ke mesti korang pergi keluar dari KL, kan? Laa sini pun ada tempat yg cantik lah! 

Ia terletak di Pokok KL @ Mahsa University, Petaling Jaya. Okay once korang sampai di kafe ni, korang mesti akan terpesona dengan design dia yang menggunakan glass. Means korang boleh tengok semua yang ada di dalam kedai. 

Kredit: Misstaffanyh.com

Konsep dia memang urban, dan sesuai untuk orang yang nak duduk lepak dan nak chill dengan kawan-kawan. So sesuai lah korang nak lepak kat sini lepas PKP kan? 

Bercakap pula tentang menu, korang takyah risau, so far tak ada yang bagi komen negatif lepas datang ke kedai ni.

Kredit: Misstaffanyh.com

Kafe ini sangat terkenal dengan hidangan brunch dan kopi mereka. Kafe ini cantik dengan interior mereka yang sedikit rustik, dan dinding hiasannya yang mempamerkan koleksi-koleksi pop-art lokal yang unik dan menarik.

Nikmati pelbagai juadah fusion menarik yang diinspirasi makanan Amerika, Perancis dan juga makanan Hainan di sini. Antara hidangan yang best, nasi lemak platter, pokok acai bowl, dan muesli bowl. Unik kan nama dia? So korang kena try lah datang sendiri and bagi komen uols pula! 

Kredit: Misstaffanyh.com
Kredit: Misstaffanyh.com

Kredit: Misstaffanyh.com

Gambar utama : malaysiaflavours.com

Leave a Reply

Your email address will not be published.