Bagi peminat nasi kandar, kini korang tidak perlu pergi jauh-jauh ke Pulau Pinang utk menikmatinya. Nanti lepas PKP, korang hanya perlu sahaja ke Kajang kerana Salman Nasi Kandar menawarkan nasi kandar yang enak untuk korang cuba.
Kedai ini dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat dan kalau Dang Sari kata tak sedap, takkan kedai ini tidak putus-putus dengan pelanggan. Menawarkan nasi kandar dengan citarasa Melayu, kedai ini sudah mempunyai peminat setianya yang tersendiri.
Dulu gerai ini hanya beroperasi dkt tepi jalan je namun kini sudah pindah ke kedai bagi memberi keselesaan kepada pelanggan mereka yang makan di situ dan masih mengekalkan harga yang sama tau.
Resepi nasi kandar ini dicipta sendiri oleh pemilik restoran dengan lima jenis kuah rahsia iaitu kari daging, kari ikan, kuah daging masak hitam, kuah masak hitam biasa dan kuah pedas. Inilah yang menjadikan nasi kandarnya istimewa. Memang padu gaiss nasi kandarnya.
Bagi Dang Sari, kuahnya memang terasa seperti nasi kandar namun kelainan rasanya yang korang akan tahu ini kari dari Salman Nasi Kandar. Nasi mereka berwarna kuning disebabkan suami kepada pemilik gerai ini berasal daripada Kedah yang di sana popular dengan bihun dan nasi berwarna kuning.
Selain kuahnya yang istimewa, ayam gorengnya juga mempunyai keistimewaan selain dihidangkan dengan saiz yang sangat besar. Pemilik restorannya pasti membuat kajian mendalam mencipta resepinya sendiri kerana bila gigit ayamnya, terasa keenakan rempahnya yang begitu sedap.
Walaupun portion yang ditawarkan di sini besar namun harga yang ditawarkan sangat murah dan berbaloi. Sepinggan nasi kandar biasa harganya hanyalah RM5 manakala nasi kandar istimewa harganya RM10 sahaja. Memang murah! Sesuai dengan tagline mereka ‘Murah, banyak dan sedap’.
Ada yang sudah terliur ke tu. Sabar na, nanti lepas PKP jom kita pakai ramai-ramai pi serbu sini.
Artikel berkaitan
5 Makanan Halal Wajib Cuba di Jeju
Kedai Mie jamu mata pengunjung dengan Jalur Gemilang setiap hari