Dah try naik keretapi antik di Sabah?

0 Comments

Bagi kita di Semenanjung, keretapi ini mungkin agak asing dan tidak begitu diketahui berbanding penduduk setempat. Keretapi ke Tenom, Sabah ini bukan saja penuh nostalgia tapi juga antik dan dalam kelasnya tersendiri.

Ini adalah perkongsian seorang pengguna Fcebook, Miki Lai yang telah menaiki keretapi antik ini menggunakan laluan Tanjung Aru – Beaufort – Tenom.

1.   Jadual dan tambang keretapi

Tambang Tanjung Aru – Beaufort: RM4.80
Tambang Beaufort – Tenom: RM2.75
Jumlah tambang pergi balik (seorang): RM15.10

Perjalanan dari Tg. Aru ke Beaufort: 7:45am, tiba 9:45
Masa menunggu keretapi seterusnya: 4 jam
Beaufort ke Tenom: 1:30pm, tiba 3:30pm

Masa balik Tenom ke Beaufort: 7:30 atau 1:00pm
Jadual keretapi Beaufort ke Tg Aru: 5:00am atau 11:00am. 2 masa ini sahaja.

Pilihan alternatif: Bas dari Beaufort ke KK jam 3:30pm. Tambang bas RM12.

2.   Penginapan

Hotel Sri Perdana. Dekat dengan KFC. RM26 seorang. 

trip-keretapi-tenom-sabah-7
trip-keretapi-tenom-sabah-5
trip-keretapi-tenom-sabah-9
trip-keretapi-tenom-sabah-15
trip-keretapi-tenom-sabah-12
trip-keretapi-tenom-sabah-13
trip-keretapi-tenom-sabah-16
trip-keretapi-tenom-sabah-17

3.   Tempat tempat menarik di Tenom untuk di lawati

Pusat Kebudayaan Murut
Di pusat kebudayaan ini korang dapat melihat secara dekat tradisi dan kebudayaan orang-orang Murut. Lokasinya 13km daripada pekan.

Yuran masuk:
Dewasa RM5
Kanak-kanak RM3

Taman Pertanian Lagud Sebrang
Taman yang menyediakan landskap yang cantik seperti fairy tale. Terletak 10km daripada Pekan Tenom.

Kilang Kopi Yit Foh
Hanya 5 minit daripada Pekan Tenom. Di sini korang juga boleh beli kopi dengan harga kilang. Pelbagai jenis kopi di jual di sini. Pastinya sedap dan murah.

Kilang Kopi Fatt Choi
Kopi Fatt Choi dikenali sebagai kopi Starbucks tempatan disebabkan rasanya yang lazat dan berlemak!

Sungai Padas Rafting
Memang dikenali sebagai tempat rafting yang best bagi penggemar aktiviti sukan lasak.

Daripada apa yang dikongsikan oleh Miki, tarikan ke sini tidaklah begitu gempak, tapi sebenarnya perjalanan menaiki keretapi itu sendiri merupakan satu pengalaman unik dan tiada di tempat lain di negara ini. Ditambah dengan harganya yang murah.

Jadi jika korang ke Sabah, mungkin mahu masukkan ini ke dalam itinerari korang. Dan oh ya, keretapi ini juga pernah dimasukkan ke dalam salah satu babak dalam filem Ola Bola.

Leave a Reply

Your email address will not be published.