Biar Bonar Dungun Kini ‘Famous’ Dengan Mee Sup Melayu Champa?

0 Comments

Pertama kali Dang Sari ke sini asyik tertanya-tanya, apa istimewanya Mee Sup Mak Wan ni? Benchmark yang saya letakkan sangat tinggi lebih-lebih lagi apabila kerap mendengar dari rakan-rakan dari Terengganu yang Mee Sup Mak Wan di sini adalah sedap dan lain daripada biasa.

Secara ringkasnya, Mak Wan Mee Sup Melayu Champa sangat terkenal di Dungun. Ianya adalah mee sup champa resipi asli dari Kemboja.

Hanya satu hidangan sahaja tau yang ditawarkan di sini iaitu Mee Sup Melayu Champa, menggunakan resipi dari nenek moyang Mak Wan. Walaupun begitu, satu hidangan itu sudah cukup untuk membuat ramai pengunjung kembali ke tempat makan ini.

A bowl of soup

Description automatically generated
Kredit : Fb Mak Wan
A group of people in a room

Description automatically generated

Pertama kali Dang Sari ke sini, kami sekeluarga terpaksa menunggu buat seketika bagi mendapatkan meja kosong. Maklumlah, pergi hujung minggu. Perut dahla lapar, kena menunggu pula. Saya harap berbaloi lah penantian saya ni.

Pelbagai Pilihan Mee! Paling Special Mee Champa

A picture containing food, pink, grass, plate

Description automatically generated
Kredit : Rasahub

Sampai giliran membuat pesanan, Dang Sari sekeluarga diberi pilihan samada mihun, mee champa, mee kuning, kuey teow ataupun campur. Saya memilih campuran mihun dan mee champa. Ye lah nak test semua. Mee champa ni kelihatan seperti kuey teow tetapi ianya sedikit halus dan teksturnya lebih pejal.

Tak lama lepas tu sampailah waktu yang ditunggu. The moment of truth! Apa yang menariknya, kami dihidangkan dengan satu talam yang mengandungi kicap, sos ikan, lada sulah, sambal lada, gula garam dan limau kasturi.

A bowl of food on a table

Description automatically generated
Kredit : Facebook Mak Wan

Nah, ini mungkin rahsia untuk kenikmatan sebenar Mee Sup Mak Wan! Korang boleh cipta sendiri rasa yang menepati citarasa lidah korang! Jika kurang masin, tambah kicap. Jika suka pedas, tambah lada. Jika suka lebih masam, lebihkan limau!

Mee Sup Mak Wan kelihatan seperti mee sup daging yang ringkas tetapi supnya kaya dengan perisa serta dagingnya sangat empuk.

Seriously selepas ditambah sedikit kicap, lada dan limau ikut selera sendiri, hidangan yang ringkas ini menjadi sangat luar biasa! Confirm lepas PKP ni memang Dang Sari nak repeat!

Artikel berkaitan
Lila Wadi Miliki Kek Keju Mangga Paling Lazat Di Pantai Timur?
Walau Murah Namun Salman Nasi Kandar Tawar Cita Rasa Lima Bintang

Leave a Reply

Your email address will not be published.