Dangdut punya pasal… covid-19 letak tepi

0 Comments

Wow dangdut punya pasal, covid-19 letak tepi! Haha tapi Cik Gaya takdelah kemaruk sampai macam tu, sebab kita mesti la kena utamakan keselamatan dulu… kan? 

Ini kerana kepulangan Eva Yolanda, salah seorang peserta Liga Dangdut Indonesia (Lida) 2020 disambut warga penduduk di Lombok baru-baru ini. 

Menerusi sebuah video yang tular di media sosial, kelihatan warga daerah itu bersesak sambil berteriak meminta Eva bernyanyi. Malah, kumpulan yang ramai itu juga tidak peduli arahan ‘social distancing’ ketika penularan wabak Covid-19.

Walaupun ada kawalan pihak polis, namun ia hanya sia-sia kerana peminat dua peserta itu tetap berkerumun untuk melihat lebih dekat peserta pertandingan itu.

Setakat ini Lombok Timur dikategorikan zon merah kerana dua warganya disahkan positif Covid-19.

Ketua Polis Lombok Timur, Tunggul Sinatrio berkata, pihaknya telah berusaha meminta supaya semua pihak bersurai.

“Dah namanya peminat, lebih-lebih lagi kenalan di kampung halaman tentunya mereka mahu bertemu Eva.

“Akhirnya dengan kerjasama pasukan Eva sendiri, penduduk yang berkumpul bersurai,” katanya.

Sumber : kompas.com

Leave a Reply

Your email address will not be published.