Biar Betik Pulau Unicorn Wujud di Filipina!

0 Comments

Bestnya kalau dapat pergi ke taman tema yang berkonsepkan fantasi pelangi… tambah pulak tempat tu tepi pantai. Fuhh!! Bagi korang si ‘Unicorn Lovers’ rasanya dah boleh get ready beli tiket ke Filipina lepas PKP ni sebab taman tema impian korang wujud okay!! Kali ini Budak Kaca Mata nak ajak korang untuk pergi ke Inflatable Island!

Inflatable Island merupakan sebuah ‘Taman Permainan Terapung Terbesar di Asia’ kerana berkeluasan lebih dari 4,200 meter persegi. Ianya mula dibuka pada awal April 2017 & terletak di Olongapo City, Filipina. Taman tema ini juga dikenali sebagai ‘Pulau Unicorn’ kerana kawasannya yang berkonsepkan warna pelangi & dipenuhi dengan ikon Unicorn yang comel-comel!

A picture containing water, outdoor, table, sitting

Description automatically generated
Kredit : Klock
A picture containing water, boat, sitting, small

Description automatically generated
Kredit : Rojak Daily

Di sini korang boleh try lebih daripada 6 jenis permainan terapung seperti Baba’s Super Slide, Slippery Slopes, the Rainbow Walk, Mini Jump & the Wavy Dinosaur. Tapi ingat!! Jangan tertipu dengan keseronokan yang korang nampak ye…  

Segala permainan yang ada dekat sini tak sekacang yang korang sangka! Setiap permainan menyediakan halangan yang mencabar. Kalau mental tak kuat boleh jatuh ke laut lerr korang… 

Bagi mereka yang tak reti berenang tu jangan risau ya sebab kat sini korang diwajibkan untuk memakai jaket pelampung bagi menjaga keselamatan diri & kawasan ini sentiasa diawasi oleh para penjaga pantai. Pendek kata, korang follow the rules supaya semua dalam keadaan yang baik-baik saje… 

A group of people sitting at a beach

Description automatically generated
Kredit : Pinterest
A tent on a beach with a pink umbrella

Description automatically generated
Kredit : Pinterest

Kalau korang tak nak basahkan badan, jom bersantai di Pink/ Yellow Bali Lounge! Di sini, Inflatable Island turut menyediakan ruang yang berisi bean bed, payung serta meja yang berwarna pink & yellow. Bertambah comel lerr korang dapat chill-chill kat sini… Eh! Jangan lupa berfoto sebab semua port dekat sini insta-worthy!

A blue and white boat sitting next to a body of water

Description automatically generated
A picture containing yellow, table, colorful, flower

Description automatically generated

Rasanya korang dah boleh masukkan tempat ini ke dalam bucket list! Jangan lupa tag member korang yang sukakan Unicorn!

Artikel berkaitan
Rasai Pengalaman 3D Melihat Hidupan Laut Di The Shore Oceanarium
Mengkagumkan! 7 Spot ‘Meleleh’ Melihat Aurora Borealis

Leave a Reply

Your email address will not be published.