Padu Thoq! Azri Cafe Tawar Sate Terlazat Di Dengki

0 Comments

Dang Sari yakin ramai yang menggemari sate dan selalunya berlaku debat-debat kecil di kalangan peminat sate akan sate mana yang terbaik bagi mereka. Setiap peminat sate pasti mempunyai ciri-ciri sate yang best bagi mereka.

Buat Dang Sari pula, ciri-ciri sate terbaik adalah sate yang penuh dengan perisa rempah ratus, isi daging yang tidak kedekut dan paling penting dimasak dengan sempurna! Carian sate terbaik ini telah membuatkan Dang Sari dan keluarga ke Dengkil Januari lalu setelah disyorkan oleh rakan-rakan

Pada mulanya, agak sukar untuk Dang Sari mencari Sate Azri Dengkil kerana tidak biasa dengan kawasan di Dengkil sehinggalah kami berjumpa dengan Masjid Dengkil. Sate Azri Dengkil terletak berhampiran masjid ni, lebih kurang 7 minit memandu. Jika anda terlihat Speedmart 99, maka pasti anda akan terjumpa dengan Sate Azri Dengkil.

A store front at night

Description automatically generated
Kredit : Picuki

Tibanya kami di sana, sudah beratur peminat sate membuat pesanan samada untuk dibawa pulang atau makan di sana. Nah, mesti sedap ni, kalau tak sedap tak mungkin orang beratur membuat pesanan! Sebagai permulaan, kami memesan 10 cucuk sate daging lembu dan 10 cucuk sate daging ayam. 

Dan seperti biasa, tak lengkap kalau tak pesan nasi himpit sekali! Cukuplah kan untuk makan bertiga! Sepuluh minit kemudian kami menerima pesanan kami. Sate yang panas, tebal serta bau aroma yang seolah-olah menyuruh kami untuk terus melahap secepat mungkin. Saya terus mencapai secucuk sate daging lembu dan terus dipkan kuah kacang.

A bowl of food on a plate

Description automatically generated
A plate of food on a table

Description automatically generated

Hmmmm… saya boleh katakan memang padu gaiss Sate Azri Dengkil! Saya dapat rasakan rempah ratus yang diperap bersama daging dan masakannya bagi saya amat sempurna. Kuah kacang juga sangat enak, tidak terlalu cair atau tidak terlalu kasar atau halus kacang tanahnya. Memang sangat sedap!

Nah, sekarang korang sudah tahu satu lagi hotspot sate di Dengkil. Tunggu apa lagi, suruh rakan-rakan anda belanja sate di sini lepas PKP nanti!

Sate Azri Dengkil dibuka bermula daripada jam 6 petang sehingga 11 malam ataupun sehingga habis.

Artikel berkaitan
Biar Bonar Dungun Kini ‘Famous’ Dengan Mee Sup Melayu Champa?
Lila Wadi Miliki Kek Keju Mangga Paling Lazat Di Pantai Timur?

Leave a Reply

Your email address will not be published.