Tasik warna pink? Jom guys travel ke sini…

0 Comments

Mungkin korang ramai dah tahu tentang kewujudan tasik berwarna merah jambu yang terletak di Australia. Ini kerana warnanya yang unik dan menarik menjadi tumpuan para pelancong untuk ke sana.

Sebenarnya, tasik berwarna merah jambu ini juga terdapat di negara lain. Malah, warna merah jambunya juga sedikit berbeza mengikut tempat.

Berikut adalah senarai 8 tasik merah jambu yang menjadi tumpuan para pelancong dari seluruh dunia.

1.   Lake Hillier, Australia

Kredit Foto: traveleering.com

Lake Hillier terletak di Middle Island. Warna air di tasik ini tetap kekal berwarna merah jambu walaupun korang cuba membawa air keluar dari tasik ini. Kawasan tasik ini dilitupi dengan garam dan sampel air juga menunjukkan tahap garam yang tinggi.

2.   Lake Retba, Senegal

Kredit Foto: traveleering.com

Garam yang terkandung dalam Tasik Retba adalah sekitar 40%, iaitu hampir sama dengan kandungan garam yang ada di Laut Mati. Jadi, korang boleh terapung dengan mudah kat sini. 

Tapi korang tidak boleh berendam terlalu lama kerana ia boleh merosakkan kulit. Bagi menjalankan sebarang aktiviti di tasik ini, penduduk setempat akan menyapu sedikit minyak mentega ke atas kulit mereka untuk melindunginya. Warna merah jambu di tasik ini juga bergantung kepada jumlah cahaya matahari yang meneranginya.

3.   Hutt Lagoon, Australia

Kredit Foto: traveleering.com

Berbeza dengan Tasik Hillier dan Tasik Retba, Hutt Lagoon di pantai barat Australia berwarna merah jambu disebabkan oleh warna alga yang ada di dalam tasik ini. Airnya juga masin kerana ia merupakan sumber dari laut. 

4.   Pink Lake, Australia

Kredit Foto: traveleering.com

Walaupun bergelar Pink Lake, tasik ini bagaimanapun hanya bertukar menjadi merah jambu apabila sebatian garam dan cahaya matahari berinteraksi dengan alga di dalam tasik ini.

5.   Salina de Torrevijea, Sepanyol

Kredit Foto: traveleering.com

Torrevieja merupakan tempat perlombongan garam dan aktiviti pilihan di sini adalah memancing kerana lokasinya di Laut Mediterranean. Ia juga merupakan salah satu tasik merah jambu yang terbaik di dunia pada hari ini, walaupun kandungan garam di dalam tasik ini tidak begitu tinggi.

6.   Dusty Rose Lake, Kanada

Kredit Foto: traveleering.com

Tasik ini tidak mempunyai sebarang alga dan kandungan garam, jadi tiada siapa yang tahu punca bagaimana tasik ini boleh kekal berwarna merah jambu. Walaupun sukar untuk ke sana, tasik yang terletak di British Columbia ini tetap menjadi tarikan pengunjung setiap tahun.

Sumber: Iluminasi, Traveleering

7.   Masazir Lake, Azerbajian

Kredit Foto: traveleering.com

Sudah pasti garam yang menjadikan tasik ini berwarna merah jambu. Penduduk tempatan telah mengkomersialkan tasik ini secara meluas untuk menuai lebih daripada 1 bilion tan garam yang terdapat di dalam air dan di sekelilingnya.

8.   Quairading Pink Lake, Australia

Kredit Foto: traveleering.com

Apa yang menjadikan tasik ini unik bukanlah disebabkan oleh jalan yang dibina di tengah-tengah tasik ini. Namun, ia unik kerana tasik ini menghasilkan dua warna merah jambu yang berbeza walaupun ia merupakan sumber air yang sama.

Menarik kan? Bolehlah singgah ke sini kalau korang plan untuk travel ke mana-mana negara yang ada di dalam senarai!

Leave a Reply

Your email address will not be published.