Apa perlu dibuat kalau nak travel solo ke Bali?

0 Comments

Bagi mereka yang berjinak-jinak untuk travel solo boleh mula dengan negara Indonesia. Selain murah korang juga mungkin tak akan menghadapi sebarang masalah bahasa.

Ini antara tip yang boleh membantu korang kalau nak travel solo ke Bali.

Kena kuatkan semangat sebab bila keluar airport akan ada ramai driver akan goda korang untuk naik teksi dan korang juga kena pilih dengan betul takut kena tipu.

Untuk transit hotel sebaiknya korang book siap2 dekat dengan airport, so selamat lah for first night punya transport. Jimat. 

Attraction places kat Bali semua jauh, dan public transport tak convenient sangat, jadi perlu hire supir.

Kalau pegi tempat dekat or atau lebih dua tempat boleh naik:

  1. Trusted taxi service (hanya BLUEBIRD taxi dan pastikan ada meter) 
  2. Uber
  3. Sewa motor (Kena tukar lesen motor ke universal license kalau tak nak cari pasal, kang sia-sia kena saman. Tapi orang kata kalau takde lesen motor or lesen universal tu takpe tapi asalkan tak langgar peraturan jalanraya dan tak kena tahan roadblock. Tapi better tak payah ambil risk la kalau korang pergi Bank Rakyat pun berteman. haha! 
  4. Ojek, Ojek ni macam motor tumpang/taxi motor. Selalunya ramai locals akan offer atau boleh tanya locals yang lalu lalang bawak motor tu untuk destinasi dan harga. Harga boleh tawar sampai dapat harga murah, kena bijak… check waze/google map kalau nak tahu tempat tu jauh ke tak and berbaloi tak dengan harga yang orang ojek tu caj.
Kredit: Love & Road 

Kalau korang merancang untuk travel secara solo, sila pastikan korang buat research dulu berkenaan cuaca dan aktiviti penipuan dekat tempat itu. Ini adalah penting untuk elakkan diri daripada ditipu!

Kalau korang upah supir, so of course korang kena tahu bahawa semua tempat yang ada entrance fee and parking fee kita kena bayar sendiri okay, bukan supir.

Kredit: Forbes.com

Kebanyakan tempat kat Bali kena banyak jalan and naik turun tangga/slopes. Cuaca pun sangat lah panas kebanyakan masa. So sediakan sunblock dan jangan lupa minum air banyak banyak!

Leave a Reply

Your email address will not be published.