Well lepas PKP ni korang boleh start travel dekat tempat-tempat yg memerlukan bajet kecil. Ini sebagai permulaan, pendek cerita macam nak warm-up. Kan?
So Cik Gaya idea untuk korang iaitu di Hanoi! Sebab kajian firma insurans berpangkalan di UK, Alpha Travel menyatakan Hanoi di Vietnam merupakan bandar paling murah untuk backpacker di Asia pada tahun 2020 manakala Bangkok, Thailand menawarkan makanan yang paling murah.
Dalam senarai 31 buah bandar murah yang dikeluarkan; 3 destinasi teratas didahului oleh bandar di Vietnam iaitu Hanoi, Ho Chi Minh dan Hoi An, diikuti dengan Vientiane (Laos) dan Yangon (Myanmar) melengkapkan senarai 5 teratas.
Kaji selidik yang dibuat adalah meliputi kos penting seperti kos untuk dua hari penginapan di hotel / hostel, dua kali pengangkutan, 3 makanan bajet, minuman dan lawatan ke sebuah tarikan di bandar tersebut.
Berdasarkan kaji selidik berkenaan, kos sehari di Hanoi adalah RM76, RM79 di Vientiane, RM81 di Ho Chi Minh. Didapati juga, setiap backpacker akan berbelanja sekitar RM84 sehari secara purata.
Jom kami senaraikan 10 negara termurah untuk backpackers dan kos sehari:
- Hanoi, Vietnam (RM80)
- Ho Chi Minh City, Vietnam (RM83.40)
- Hoi An, Vietnam (RM87.20)
- Vientiane, Laos (RM88.30)
- Yangon, Burma (Myanmar) (RM89.50)
- Manila, Filipina (RM89.50)
- Pokhara, Nepal (RM90.40)
- Phnom Penh, Cambodia (RM93.70)
- Chiang Mai, Thailand (RM95)
- Jakarta, Indonesia (RM97)
Kalau nak ikutkan banyak lagi perkara yang boleh dijimatkan, sebagai contoh; ambil bandar KL. Tangga ke-24. Perbelanjaan diorang agak tinggi apabila melibatkan makanan dan hiburan serta tarikan.
p/s: KL berada di tangga ke 24 ye dengan kos yang diperlukan untuk backpacking di Kuala Lumpur adalah RM152. Hostel RM25, Pengangkutan RM4, Makanan RM43, Hiburan RM45, Tarikan RM40.
Sumber gambar utama : culture trip
Sumber : rileklah.com