Semua orang tahu tentang keunikan gambar di Pura Lempuyang, Bali.
Well, ia antara lokasi idaman atau ‘bucketlist’ oleh mana-mana individu yang melihat keindahannya hingga mendapat jolokan sebagai ‘Gerbang ke Syurga’.
Dengan komposisi gambar, warna serta berlatarbelakangkan Gunung Agung yang sangat superb dan ditambah pula dengan refleksi seakan air hingga menampakkan imej ‘cermin’, siapa yang tak jatuh cinta dan mengidam untuk bergambar di spot yang sama.
Tetapi kalau korang sampai ke sana, jangan pula korang pergi cari tasik atau takungan air depan Pura Lempuyang tu sebab memang takkan jumpa! haha
Ini kerana hasil seperti dalam gambar tersebut hanyalah taktik menggunakan cermin yang diletakkan di bawah kamera atau telefon pintar oleh para jurugambar di sekitar kompleks kuil itu sahaja, dan bukannya pantulan daripada kejernihan air semulajadi.
Disebabkan helah itu juga, kini viral di seluruh dunia apabila ramai pelancong dari luar negara yang nyata kecewa dengan ‘penipuan’ gambar cantik di Pura Lempuyang.
Apatah lagi demi sekeping foto itu juga mereka terpaksa beratur panjang selama 2 hingga 3 jam untuk mendapat giliran bergambar.
Tapi walaupun ramai dah tahu tentang ‘penipuan’ ni, masih ramai yang ingin beratur panjang dan menunggu lebih lama untuk hasil yang cantik ni. Kan?
Sumber: rileklah.com