6 idea travel pergi ke Vietnam

0 Comments

Nak travel ke Vietnam ni kena tahu beberapa tips supaya korang boleh travel dengan have fun dan tak panik bila sesuatu terjadi. So sebelum korang travel, mungkin boleh baca tips ni, sedikit sebanyak boleh membantu korang time travel nanti! 

1.   Jangan Malu Bertanya

Muka orang Malaysia ni, pusing-pusing mana sekalipun diorang tahu kita dari Asia. Jadi, jangan terkejut kalau tiba-tiba diorang bantai cakap bahasa Vietnam dengan korang kerana English mereka agak baik, dan mereka ni peramah orangnya. Jadi kalau tak tahu apa-apa, jangan malu bertanya.

Kalau susah sangat, bukak google translate. Cari bahasa Vietnam. Ini boleh membantu korang! 

2.  Dapatkan SIM dengan data

Sambungan telefon di luar negara amatlah penting, lagi-lagi negara yang penguasaan bahasa luarnya agak kurang sedikit. Selain boleh menggunakan internet, banyak perkara yang kita boleh lakukan dengan adanya internet.

Sebagai contoh nak pesan grab, nak cari makanan halal dan lain-lain. Sekiranya tak mahu membeli kad sim tempatan, altenatifnya adalah menggunakan wifi percuma yang ada di restoran mahupun hotel. Tapi ingat, kalau kawasan yang tiada kemudahan tersebut, agak sukar juga. Jadi, apa salahnya korang je poket wifi yang boleh diambil di KLIA atau KLIA 2.

3.   Matawang

Matawang yang digunakan di Vietnam adalah Dong, dan ia datang dengan denominasi 200 hingga 500,000. Korang perlu agak berhati-hati dengan kadar penukaran dan matawang ini kerana warnanya adalah lebih kurang sama.

Kesilapan yang selalu dibuat adalah memberikan duit yang salah pada pemandu teksi, grab dan sebagainya. Selain itu, ambil tahu pertukaran dan nilai Dong tersebut dalam Ringgit. Jadi korang tidaklah terkena scam atau ditipu semasa urusan jual beli.

Nota : RM 1 = 5600 Viet Dong (anggaran).

4.   Hati-hati Dengan Scam Teksi

Disebabkan keadaan sesuatu tempat sebagai contoh Hanoi atau Ho Chi Minh City agak sesak, pengangkutan awam yang paling sesuai adalah menggunakan motosikal. Tapi scam boleh berlaku dan korang perlu tahu arah tujuan sebelum setuju untuk menaiki sebarang transport terutamanya teksi.

Untuk teksi biasa, ada dua syarikat utama iaitu Mai Linh atau Vinasun. Kedua-duanya mempunyai aplikasi. Tips elak di scam, pastikan korang bersetuju dengan harga sebelum naik teksi berkenaan. Tanya banyak kali. Kalau nak selamat, gunakan aplikasi seperti Uber atau Grab yang turut menawarkan motosikal.

Antara tips lain, korag juga perlu pastikan yang meter tu berada di dalam kotak perspex yang dipateri kerana ada pemandu yang tidak jujur akan mengubahsuai meter tersebut untuk mempercepatkannya bacaannya supaya kos boleh dikenakan pada kadar yg lebih tinggi. 

5.  Tahu Pilihan Pengangkutan

Kalau korang nak menggunakan perkhidmatan bas malam untuk pergi ke bandar lain, ada antara bas ini ruangannya sempit dan untuk yang mereka yang tinggi atau besar, mungkin tak selesa.

Mereka juga ada menyediakan servis di mana korang boleh tidur di dalam bas pada waktu malam. Harganya tak mahal, selesa dan bersih. Korang semua akan diminta untuk menanggalkan kasut dan meletakkannya dalam beg plastik sebelum bas bergerak, dan korang akan diberikan selipar untuk dipakai kat perhentian rehat sebelum meneruskan perjalanan. 

Kedua, bawa perkakas seperti earphone dan sebagainya. Biasanya bas-bas ini akan memainkan muzik yang agak kuat dan kalau kita nak rehat atau tidur, mungkin terganggu. Selain bas, alternatif lain adalah kereta api.

p/s: Pemandangan menaiki kereta api Vietnam agak mempersonakan jugak tau.

6.   Hati-hati Dengan Persekitaran

Tips ini boleh digunapakai di mana sahaja, bukan hanya di Vietnam. Untuk pengetahuan, kadar jenayah di Vietnam agak tinggi dan kes ragut, penyeluk saku ada juga di sana. Jadi, korang perlu alert dengan persekitaran.

Dinasihatkan tidak menunjukkan gajet atau bermain phone terutamanya di tepi jalan atau di tempat yang sesak. Kalau ada bawa beg, bawakan beg tersebut ke bahagian depan. Takut ada yang cuba potong beg pula nanti.

Pasport tinggalkan di hotel, cuma bawa salinan atau ambil gambar details pasport untuk disimpan dalam telefon sahaja. Kalau ikut peraturan pun, pasport korang mesti diserahkan kepada pihak hotel, dan ia akan dipulangkan semua bila korang nak check out dah. So korang memang takde pilihan lain, pasport tetap kena tinggalkan. right? 

7.   Berhati-hati di Jalan Raya

Trafik di Hanoi dan Ho Chi Minh City boleh dikatakan sangat sibuk dan agak menyeramkan juga untuk melintas jalan ketika waktu puncak. Tapi, tipsnya di sini adalah berani sahaja. Lintas beramai-ramai, pengguna jalan raya akan elak korang. 

Korang kena terus berjalan, jangan berhenti atau berlari atau menukar arah secara tiba-tiba. Kalau tak, korang mungkin akan dilanggar secara tidak sengaja oleh penunggang motosikal. 

Jika korang menyewa motosikal, sewa di kawasan yang trafik rendah seperti Hoi An, Dalat atau Phu Quoc. Macam biasa, utamakan keselamatan, pakai topi keledar. Pesanan di sini adalah jaga kaki. Sebabnya diorang di Vietnam suka bawa motor rapat-rapat, takut terkena ekzos motor sebelah. 

So lepas PKP, get ready to travel guys?

Leave a Reply

Your email address will not be published.