Kaki Travel Wajib Lakukan 5 Perkara Ini Elak ‘Pishang’ Di Rumah

0 Comments

Sejak penularan COVID-19 menjadi pandemik, masyarakat dunia digalakkan duduk di rumah. Bagi yang memang suka travel dan kaki jalan, mesti korang antara yang paling bosan bila disuruh duduk diam-diam di rumah, kan? 

Apa kata korang ikut cadangan seorang pengguna Facebook ini yang dikenali sebagai Ayu Hasman yang berkongsi 5 tip yang korang boleh buat ketika musim PKP — versi khas kepada kaki travel!

1.   Muatnaik Gambar-gambar ‘Throwback’ di IG & FB

Masa ni la korang boleh clear kan memori phone korang dengan upload ribuan gambar dari previous trip. Mana tau, lepas habis PKP korang tetibe boleh buat duit jadi Travel Influencer. 

Tak cuba, tak tahu tetapi jangan lupa letak hashtag #throwback. Takut nanti korang kena serang dengan mak cik bawang pula.

2.   Tulis Pengalaman Travel Korang di Blog

Setup blog dan mula menulis pengalaman travel. Kalau kena gaya, korang pun boleh generate income dari sini. Menulis tentang pengalaman travel kita ni sebenarnya bagi Budak Kaca Mata sendiri sangat best kerana kita dapat mengimbau kembali kenangan indah mahupun pahit ketika travel.

Selain itu juga, ramai orang berminat untuk membaca pengalaman travel khususnya melibatkan negara luar dan kita mampu save budget ketika travel.

3.   Compile Gambar Percutian ke dalam ‘Photobook’

Edit dan print gambar holiday dalam bentuk photobook. Kalau time keje memang takda lah nak buat benda alah ni. Bagi sesiapa yang kaki travel ni confirm tebal lah photobook korang. 

Photobook ini juga penting, mana tahu gambar-gambar yang korang simpan di dalam komputer mahupun phone berisiko untuk hilang begitu sahaja. Nah, ini caranya untuk korang selamatkan gambar2 korang ketika travel.

4.   Belajar Edit Video Travel Korang Sendiri

Kalau time PKP takda nak buat pape, jom belajar online video editing. Pastu korang edit la sendiri video travel korang tu. 

Dah siap edit, upload di channel youtube. Kalau tak reti jugak, korang boleh try edit video pakai mobile apps FilmoraGo ataupun Quick. Kacang je!

5.   Teruskan Berangan & Rancang Percutian Impian Bagi Raikan ‘Pembebasan Covid-19’

Merancang next percutian walaupun tak tahu bila nak pergi, kan? Lagipun, dreaming is free. Kalau berangan ni boleh membuatkan korang gembira semasa berada di rumah, why not!

I faham, sape yang jenis tak reti duduk diam tu mesti sekarang ni tengah tekanan. Sis pun rasa macam tu jugak masa dua hari pertama PKP. But let’s give full cooperation, dan sama-sama berganding bahu untuk kita hapuskan covid-19.

Artikel berkaitan
4 Benda ‘Remeh’ Yang Amat Berguna Ketika Travel
Pening Tiket Australia ‘Burn’ Dek Kerana Visa Ditolak! Jangan Risau, Ini Cara Untuk ‘Refund’

Leave a Reply

Your email address will not be published.