Nak bermesra dengan harimau? Jom ke Tiger Kingdom!

0 Comments

Phuket memang tempat yang tak asing lagi untuk rakyat Malaysia travel. And di sana ada 1 tempat menarik korang boleh pergi, tinggal berani dengan tidak je. Hehe! Iaitu di Tiger Kingdom! 

Menariknya korang boleh mengambil gambar dengan harimau yang ada tak kira saiz kecil, sederhana ataupun besar. Ia bergantung pada pakej yang korang ambil. 

First of all, Tiger Kingdom ni lokasinya lebih kurang 7km dari Patong Beach. Cuma yang menjadi masalahnya ialah nak menuju ke sana tu, laluannya mendaki bukit. 

So kalau korang naik motor dan mempunyai menumpang, pergerakannya akan sedikit lambat disebabkan faktor laluan yang mendaki tu. 

So once korang dah sampai, akan ada staff yang akan memberi penerangan pada korang tentang pakej jenis harimau yang ada. 

http://blogmaya.com

Jenis-jenis tiger yang ada ialah Smallest Tiger (Baby Tiger), Small Tiger, Medium Tiger, Big Tiger dan tarikan terbaru ialah El Tigre.

http://blogmaya.com

Daripada pakej tu, korang boleh tambah lagi THB500 untuk photographer. So nanti dapat CD gambar yang diorang snap. Okay kan? Sebab bukan selalu dapat bergambar dgn rimau ni hehe! 

So lepas tunggu korang perlu tunggu giliran untuk mengambil gambar bersama harimau-harimau yg ada. 

http://blogmaya.com

Kena hati-hati sikit, jangan main seronok je guys! Bila waktu dia mengerang tu jangan pegi sondol je nak ambik gambar, tunggu dia cool, then duduk la dekat sikit untuk ambil gambar kenangan berada di Tiger Kingdom! 

Korang mungkin berminat baca:
Kenapa nak bergambar di tempat ni walaupun ramai yg kecewa?
Peminat dekorasi hipster… tempat menarik untuk staycation!

Leave a Reply

Your email address will not be published.