Biar Bonar Hat Yai Miliki Tempat Makanan Halal?

0 Comments

Hat Yai merupakan destinasi travel yang mudah, senang dan paling sesuai buat mereka yang malas nak buat homework apabila travel. Disebabkan persekitaran yang hampir sama dengan Malaysia menjadikan destinasi ini pilihan buat kaki travel di Malaysia. 

Di Hat Yai juga korang akan jumpa ramai yang boleh bercakap dalam bahasa melayu yang terdiri dari orang selatan Thailand. Kedai halal juga tidak susah untuk dijumpai jika korang travel di sini. Untuk mereka yang nak ke Hat Yai, Budak Kaca Mata senaraikan 10 tempat makan halal dan popular di Hat Yai.

1.   Asean Night Bazaar

Kredit: Hello Travel
Kredit: Twitter mustaphashobri

Pasar ini dahulunya dikenali sebagai Pasar Minggu Hatyai sebelum ditukar ke Bazaar Malam ASEAN. Ianya dibina semula untuk menyusun struktur pembahagian antara makanan dan jualan pakaian.

ASEAN Night Bazaar ini juga menjadi perhatian pelancong kerana jualan produk kecantikan dan fesyen pakaian dengan harga murah boleh di dapati.

Korang juga boleh ke aras 1 untuk menikmati makanan halal yang sedap! ASEAN Night Bazaar dibuka setiap hari bermula jam 4 petang hingga 10.30 malam (waktu Thai).

2.   Pasar terapung Khlong Hae

Kredit: Mai SInggah
Kredit: CikLilyPutih

Pasar terapung ini terletak kira-kira 20 minit dari pusat bandar Hat Yai dan satu-satunya pasar terapung yang ada di bandar itu. Kalau korang nak berkunjung ke sini, ianya dibuka bermula pukul 3 petang sampai pukul 9 malam setiap hujung minggu daripada hari Jumaat sampai Ahad.

Di sini, korang berpeluang untuk membeli makanan halal yang dijual dari atas perahu di pinggiran sungai dan rasa makanannya akan membuatkan anda terimbau perasaan klasik Thailand zaman 70an.

3.   Street Food Berhampiran Stesen Keretapi

Kedai makan ni kecil dan terletak betul-betul berhadapan Stesen Keretapi Hat Yai di Jalan Rotfai dan ada signboard bertulis Dapur Muslim berserta dengan logo halal. Pastikan anda terjumpa dengan kedai yang betul kerana ada deretan kedai-kedai lain yang tidak mempunyai logo halal.

Hidangan di kedai makan ini sama seperti kedai makan berlauk yang biasa didapati di Malaysia dengan deretan lauk-pauk sebagai pilihan tetapi lauk-pauknya dimasak berasaskan resepi masyarakat Thailand yang ada di sana.

4.   Dimsum Chabura Hatyai

Teringin dimsum? Tercari-cari restoran mana yang menghidangkan aneka jenis dimsum sampai pelanggannya sendiri pun rambang mata tak tahu nak pilih yang mana? Lekaslah serbu Restoran Dimsum Chabur Hatyai!

Jika BKM senaraikan kesemua jenis dimsum yang dihidangkan, sampai subuh pun tidak akan habis! Namun, dimsum yang kami syorkan anda cuba ialah Prawn Dumpling, memang menjadi kegemaran ramai!

5.   Restoran Sulaiman

Kredit: Oh Bulan

Restoran Sulaiman terletak di pekan Hat Yai berdekatan Hotel Tune. Kedai makan ini menjadi kegemaran pelancong yang asing yang menginap di Hotel Tune itu. Kedai makan ini menyediakan masakan ala-carte dan roti canai ala Thai pada waktu sarapan. Harganya juga berpatutan!

6.   Salma Halal Restaurant

Singgah sahaja di Salma Restaurant untuk mencuba tomyam yang terbaik rasanya dan asli resepinya! Jika di Malaysia kita ada roti canai kuah kari, di restoran ini mereka ada menyediakan Roti Canai Green Curry. Menarik bunyinya, anda wajib cuba.

Menu lain seperti nasi goreng, nasi lemak dan lauk-pauk seperti Pad Thai dan sotong goreng tepung juga turut disediakan. Jika dimakan bersama tomyam panas, sayur kailan dan nasi putih, pasti ‘kaw’!

Jika nak senaraikan kesemua kedai makan halal di Hat Yai memang tak kan habis. Malah kedai makan tepi jalan pun banyak yang halal dan sedap dijual oleh peniaga muslim.

Artikel berkaitan
Biar Bonar Dungun Kini ‘Famous’ Dengan Mee Sup Melayu Champa?
Lila Wadi Miliki Kek Keju Mangga Paling Lazat Di Pantai Timur?

Leave a Reply

Your email address will not be published.