Takut Kena Sakat Ketika Bercuti? Jom Ikut 6 Tips Ini!

0 Comments

Kita sebagai manusia sering lupa bahawa kita ini turut berkongsi tempat dengan makhluk lain sehingga menimbulkan kemarahan mereka hanya kerana tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Maklumlah hantu-hantu sekarang makin bijak.

Dulu pandai main ketuk2 pintu je sekarang ni siap menghantui kita dalam Waze boscoo! Salah memilih kawasan penginapan semasa bercuti boleh menyebabkan percutian anda tidak berjalan dengan lancar. Ada antara individu yang gemar memilih penginapan secara ‘tangkap muat’ dengan alasan asalkan ada.

Kalau individu tersebut berani dan kental hati, memang tiada masalah. Bagaimana pula untuk yang jenis penakut? Jadi, Dang Sari ada lima tips mengurangkan peluang sakat di hotel sewaktu cuti sekolah bersama anak-anak korang. Selamat membaca gaiss.

1.   “Kalau encik tidak kisah, kami ada satu bilik untuk encik”

Hotel Berhantu

Pernah terdengar ayat ini. Jika ini keluar dari mulut penjaga kaunter hotel, lebih baiklah elakkan daripada menerimanya. Ini kerana dalam semua hotel, ada beberapa bilik yang ditutup dari tempahan berkemungkinan daripada peristiwa yang berlaku dahulu.

Contohnya seperti bilik yang pernah berlaku pembunuhan dan usaha untuk ‘membersihkan’ kawasan berkenaan gagal. Ada antara pemilik hotel yang lebih memikirkan soal keuntungan, lebih-lebih lagi apabila ada pelanggan secara ‘rela hati’ mahu menerima bilik berkenaan.

Kalau jenis yang tidur mati dan hati kental, tahniah, anda baru sahaja menerima pakej bilik vip bersama cik hantu di bilik nanti.

2.   Elak kawasan terpencil

Kononnya mahukan cabaran dengan memilih tempat-tempat yang jauh tersorok dari kawasan tumpuan. Disebabkan rasa adalah tidak chill jika memilih tempat penginapan biasa, ada individu dengan sengaja menempah kawasan penginapan ‘bermasalah’ ini.

Korang perlu selidik dahulu hotel yang hendak korang tempah, jika banyak sejarahnya dengan benda-benda hantu, better korang lupakan sahaja nak bermalam di situ. Jangan nanti bila nampak kelibat di tingkap bilik baru nak menggelabah sudahlah.

3.   Elakkan Hotel Lama dan Bersejarah

Kredit: Jom Jalan-Jalan

Tidak salah jika korang mahu merasai ‘hidup’ dalam sejarah. Tapi korang perlu bersedia dari segi mental dan fizikal sebelum diganggu. Tapak-tapak sejarah kebiasaannya menjadi saksi banyak kejadian pembunuhan.

Jadi, jangan hairanlah jika korang ada terdengar bunyi menjerit kesakitan seperti diseksa pada waktu tengah malam atau ternampak tentera sedang berkawad.

4.   Rasa Macam Bilik Pelik? Tukar Lain

Kredit: Travelland

Kadangkala, naluri hati kita terdetik apabila terasa ada sesuatu yang tidak kena. Jika anda rasakan bilik yang anda mahukan itu ada aura yang menyebabkan rasa tidak sedap hati, lebih baik anda berbincang dengan petugas hotel di bahagian kaunter untuk proses pertukaran bilik.

Ada bilik yang masuk-masuk sahaja, terus naik segala bulu roma yang ada. Ada juga yang kelihatan berselerak seperti tidak dikemas. Jika rasa cukup kental untuk tempuhi gangguan pada malam hari tersebut, silakan bermalam di bilik tersebut

Tapi, jangan pula semua tempat bilik korang rasa auranya lain. Itu bukannya bilik yang berhantu, korang yang penakut ni, kan… hehee, Dang Sari gurau saje… 

5.   Jaga adab

Kredit: freestockphotos

Sudah namanya pun menumpang sebentar, silalah jaga adab-adab korang ketika berada di tempat orang. Jangan pula terjerit terlolong macam orang kena sampuk lebih lebih lagi ketika waktu senja dan tengah malam.

Sentiasa menjaga adab dan kawal tingkah laku anda, jika korang chill nikmati percutian korang, takdanya makhluk lain datang mengganggu. Biasanya orang yang tunjuk berani ni akan kena dahulu.

Sebenarnya banyak hotel yang berhantu bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Silap-silap hotel yang pernah korang menginap pun ada makhluk yang tak diundang.

Dang Sari harap dengan info ini korang lebih bijak memilih bilik. Mungkin ada yang ternampak kertas deka kaunter check in yang tertulis “Jangan jual bilik-bilik ini melainkan jika pelanggan mendesak sangat”. Nah, sekarang korang faham mengapa kan. Apa pun yang berlaku, sentiasalah ingat bahawa mereka juga makhluk Tuhan.

Artikel berkaitan
Kaki Travel Wajib Lakukan 5 Perkara Ini Elak ‘Pishang’ Di Rumah
6 Buku Panduan Travel Ini Mampu Bantu Rancang Perjalanan Anda

Leave a Reply

Your email address will not be published.