Tutorial buat dalgona mangga ni buat ramai gelak besar

0 Comments

Dalgona Coffee, salah 1 resepi yg viral sewaktu PKP ni, telah ditukar pulak kepada milo, dan juga teh. 

Terbaru pula seorang pengguna TikTok telah berkongsikan satu tutorial membuat Dalgona versi jus buah untuk mereka yang tidak boleh minum kopi.

Video yang dikongsikan di Instagram itu mencuri perhatian netizen bukan sahaja kerana arahannya yang lucu tetapi juga kerana hasilnya yang tidak disangka-sangka.

Langkah-langkah yang ditunjukkan untuk membuat dalgona mangga adalah sama seperti membuat Dalgona kopi, namun apabila jus yang telah dikacau sehingga gebu dituangkan ke atas susu, jus berkenaan tenggelam ke bawah cawan, tidak seperti kopi yang akan terapung di atas susu.

Atas sebab kegagalan resipi tersebut, minuman itu tidak lagi dipanggil Dalgona tetapi diubah kepada ‘dalgondal gandul’.

https://www.instagram.com/p/B-tK8S1Jhjy/
Embedded video

Video yang tular itu membuat rata-rata netizen pecah perut mendengar arahan yang diberikan serta hasil tutorial dalgona mangga itu yang tidak menjadi.

“Hahahahaha yang part tumpah tu kelakar…”

“lepas kacau setengah jam tangan sakit..”

“gelak sampai nitik air mata nya…”

korang mungkin berminat baca:
Jom try makan burger ada skirt!
8 Tempat Makanan Terbaik Wajib Anda Serbu di Tangkak

Leave a Reply

Your email address will not be published.