Lelaki ini habiskan masa menyiram 1400 jenis tanaman dalam rumahnya!

0 Comments

Ada orang suka habiskan masa bercuti, tapi ada orang yang suka menghabiskan wangnya dengan aktiviti kegemaran sendiri iaitu membeli pokok bunga dan menghiasnya di sekitar rumah. 

Ia bukan perkara pelik tapi yang peliknya apabila lelaki ini meletakkan 1400 jenis tanaman di dalam rumahnya sahaja! 

Joe Bagley, berusia 20 tahun berkata, rutin hariannya adalah untuk menyiram 1400 pokok tersebut. Joe yang juga digelar jungle boy memiliki pelbagai jenis tanaman di dalam rumah kecilnya.

jungle boy 3-tile

Antara pokok yang dimilikinya ialah pokok tropika, pokok bunga, kaktus dan banyak lagi. Menurutnya, apabila bangun pagi dan berjalan di dalam rumah dia rasa sangat gembira.

jungle boy 2-tile
jungle boy 1-tile

Joe yang bekerja di sebuah pusat kebun akan membelanjakan setiap wangnya untuk tumbuhan kesayangannya itu. Bayangkan setiap sudut rumah Joe dipenuhi dengan pokok! Tidak kira di kabinet, rak buku, tangga dan lain-lain pasti ada tumbuhan yang diletaknya.

jungle boy-tile

Malah Joe akan menghabiskan beberapa jam setiap hari untuk ‘membelai’ seperti memberi baja dan menyiram pokok-pokoknya. Tambah Joe lagi dia rasa tidak akan berhenti dari menambah bilangan pokok di dalam rumahnya.

Sumber: Unilad

korang mungkin minat baca:
Apa yang menarik di Kuantan? Jom try stay di Time Capsule Retreat!
Love OOTD kan? Jom ambil gambar di KL, rumah berkonsepkan Bali

Leave a Reply

Your email address will not be published.