Ada Yang Ngidam Converse ‘Rare’? Jom Pergi ‘Selam’ di Kakimoto Shoten

0 Comments

Jika ada nak ke wilayah Kobe, Jepun lepas PKP nanti, pastikan korang singgah di sebuah kedai kasut yang mana pemiliknya ini mempunyai pengalaman menjual kasut selama 50 tahun tau.

Shu Shunyo; pemilik kedai yang dipanggil Kakimoto Shoten di Motomachi, Kobe ini merupakan sebuah kedai kasut yang hanya menjual satu jenama sahaja iaitu Converse.

Mula membuka kedai sejak berumur 29 tahun, pada mulanya dia turut menjual pelbagai jenama kasut terkemuka namun nekad untuk fokus kepada jenama Converse selepas 10 tahun beroperasi dan kini kedainya menjadi tumpuan peminat Converse kerana mempunyai pilihan yang banyak dari segi warna dan rekaan.

Difahamkan, kedainya kini mempunyai lebih daripada 4,000 pasang kasut dan setiap jenis kasut disusun mengikut warna bagi memudahkan pelanggan.

Lebih menarik lagi, kedai ini masih menyimpan model yang berusia lebih 40 tahun selain sentiasa mengemaskini koleksi kasut mereka sesuai untuk permintaan pasaran dan pelanggan.

Anda ada kesukaran nak jumpa mana-mana model Converse? Mungkin dkt sini pasti. Cubalah ‘selam’ kalau pi sini nanti, mana tahu ada.

Artikel berkaitan
Persis Eropah, Penginapan Awesome Di Cameron Highlands
10 Lokasi Ecotourism Malaysia Mendapat Perhatian Dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published.