10 Tempat Makanan ‘Meleleh Air Liur’ di Ranau

0 Comments

Terdapat begitu banyak tempat-tempat menarik yang terdapat di sekitar Ranau ini seperti Gunung Kinabalu, Kinabalu Park, Desa Cattle Dairy Farm dan banyak lagi. Jika sudah puas menghabiskan masa di sekitar Ranau ini, jangan lupa mencari tempat makan yang sedap dan best sekali.

Apa kata kita tengok di manakah tempat yang best untuk menjamu selera di sekitar Ranau ini.

1.   Restoran Anjung Selera

Mee Sup @ Restoran Anjung Selera
Kredit: Facebook Anjung Selera

Restoran Anjung Selera pastinya membuka selera anda. Sebaik sahaja anda tiba di sini, pastinya anda akan terhidu aroma yang boleh membuatkan anda lapar serta merta. Manakan tidak, bau sup panasnya yang menusuk kalbu membuat anda tidak sabar untuk menjamu selera.

Anda boleh lah mencuba sup perut, sup urat keting, sup tulang, bakso yang pastinya enak dan menyegarkan. Aroma yang dikeluarkan dari setiap periuk yang besar sangat enak. Jika anda inginkan sup kosong, boleh sahaja mengambilnya sendiri dari periuk.

Lauk pauk yang agak banyak juga turut disediakan pada waktu makan tengahari. Memandangkan restoran ini terletak di tepi jalan sahaja, maka ramailah pelanggan yang terdiri dari pelancong singgah makan di sini.

2.   Restoran Mari Makan Ranau

Restoran Mari Makan Ranau ini seolah-olah memanggil-manggil pula sebaik sahaja melewati Jalan Tamparuli–Ranau ini. Kawasan sekitar restoran ini agak besar memudahkan pelanggan untuk meletakkan kenderaan tanpa ragu.

Kredit: marimakanranau

Suasana di dalam restoran pula bersih dan kemas, teratur sahaja persekitarannya. Memulakan perniagaan seawal jam 6 pagi membolehkan pelanggan menjamu selera di sini. Variasi menu yang dimasak untuk pelanggan cukup menyelerakan, ia terdiri dari nasi lemak serta pelbagai makanan tempatan.

Menu tengahari pula sangat menarik kerana rata-rata menu yang disediakan seakan menu tempatan di Semenanjung Malaysia. Maka, tidak hairanlah ramai pelancong luar dari Sabah pasti singgah dan menjamu selera di sini.

Kredit: Marimakanranau

Antara menu yang menarik adalah seperti ikan patin masak lemak, ikan lumahan sweet sour, ikan bakar, kari ayam, kambing, ayam berempah dan banyak lagi. Lokasi restoran ini juga sangat strategik kerana terletak berhampiran Lodge 37 Hotel Suites yang turut menjadi tumpuan pelanggan hotel.

3.   Restoran Sri Hasanah dan Katering

Mee Rebus @ Restoran Sri Hartanah & Katering
Kredit: alfiemohdkhanafi

Bagi anda yang ingin menuju ke Gunung Kinabalu, singgah bersarapan dahulu di Restoran Sri Hasanah dan Katering ini. Terdapat roti canai garing dan enak di sini. Tambah pula teh tarik kaw yang pastinya dapat mengurangkan kesejukan dalam diri anda.

Roti canai pula banyak jenisnya yang boleh anda pilih, bukan sahaja roti kosong, roti telur, murtabak dan sebagainya memang menarik. Masakan panas juga enak sekali jika dinikmati di waktu kelaparan.

Bagi yang inginkan nasi berlauk di tengahari, ada juga pelbagai lauk disediakan, pilih saja yang mana satu. Nasi ayam penyet juga tidak kurang hebatnya.  Begitu juga nasi ayamnya yang lembut dan ayamnya terasa berjus.

4.   La Tansa Café

Nasi Ayam Penyet @La Tansa Cafe

Nama kafe ini seakan nama kafe masyarakat Cina pula. Namun, jangan salah sangka kerana ia merupakan restoran halal untuk muslim. Kafe ini betul-betul terletak di tepi jalan sahaja iaitu di Jalan Lohan / Bongkud.

Suasana kafe ini biasa sahaja, namun memiliki ruang yang luas untuk pelanggan menjamu selera. Sekali imbas, ia seperti warung di kampung-kampung sahaja.

Jika tekak terasa haus, pesan sahaja air teh 3 layer atau teh C special, pasti menyegarkan. Apabila perut terasa lapar, pesan pula nasi ayam penyet atau bihun sup yang panas. Pastinya puas hati.

Bagi yang gemar nasi campur di kala hari, boleh mencuba lauk pauk yang disediakan. Apatah lagi ada gulai ikan patin di sini, cukup mengliurkan. Sayuran goreng juga sedap sekali. masakan panas juga turut disediakan.

5.   MZ Burger

Kredit: Gramho

Jom sesekali menikmati hidangan burger pula. MZ Burger menyediakan burger yang begitu istimewa buat para pelanggannya, ditambah pula sos cili dan mayonisnya yang agak banyak, memberi rasa padu di atas daging-daging burger yang telah dimasak.

Bukan sahaja burger disajikan, malah nasi, makanan Barat yang lain serta kepak ayam turut menjadi menu pilihan di sini. Rasai juga ayam goreng crunchy yang dicampurkan dengan sos keju, pasti menambah keenakan ayam.

Corndog yang semakin viral, boleh juga anda nikmati di sini dengan harga hanya RM6.90 sahaja! Bagi setiap pembelian RM15 dan ke atas, pelanggan layak menerima kad keahlian dan setiap 10 kali pembelian, anda akan dapat menerima satu hidangan percuma (dicabut dari mystery jar).

6.   Restoran Muslim

Mee Goreng @ Restoran Muslim
Kredit: Foursquare

Terletak di tengah-tengah Pekan Ranau, Restoran Muslim ini antara restoran mamak muslim yang menyajikan menu masakan India. Peminat roti canai, sememangnya menjadikan Restoran Muslim ini sebagai restoran wajib singgah. Roti canainya yang lembut dan kuah kari kambingnya begitu menyelerakan sekali.

Masakan panas seperti mee goreng mamak menjadi kesukaan ramai. Hidangan sup antara menu kegemaran masyarakat tempatan turut disajikan di sini.

Roti bakar juga turut menjadi pilihan terutama kanak-kanak. Kopi susu yang pekat akan memberi satu kepuasan sewaktu meminumnya. Jangan lupa juga untuk rasai keunikan teh tarik masidi yang begitu menawan hati.

7.   Restoran Paka Sedap

Mee Tuaran @Paka Sedap

Masakan halal Melayu dan Cina, disediakan oleh seorang tukang masak Muslim di Restoran Paka Sedap. Jadi, anda tidak perlu ragu dan was-was untuk menjamu selera di sini. Menu yang disediakan juga sememangnya sedap dan tidak merugikan untuk mencubanya.

Menu-menu yang dimasak terdiri dari variasi nasi goreng, pelbagai jenis mee, nasi berlauk, tomyam, sayur goreng, sizzling, seafood dan banyak lagi.

8.   Kilimu Café

Menjamu selera sambil menikmati keindahan semulajadi di waktu pagi sangat mendamaikan. Malah, sewaktu menjamu selera di Kilimu Café ini, anda berpeluang melihat bagaimana sawah padi di Ranau ini ditanam oleh para pesawah.

Suasana yang jarang kita dapat lihat, tambahan pula bagi anda yang tinggal di ibu kota. Sambil menikmati sekeping roti canai bersama kuah kari serta secawan teh tarik yang panas, pastinya hari anda terasa begitu damai.

Tidak cukup roti canai, mungkin boleh juga memesan semangkuk soto yang mampu memberi sedikit kelegaan. Pastinya seronok berehat sebentar di kafe ini.

Jika inginkan nasi putih sebagai hidangan, korang wajib memesan nasi putih bersama ikan bahulu tanpa tulang, yang pastinya luar biasa rasanya. Nasi goreng Kilimu juga begitu menarik untuk dicuba juga.

9.   Restoran Jawa Timur Ranau

Kredit: foursquare

Sebut sahaja nama restoran ini pastinya anda boleh mengagak hidangan apa yang disajikan. Jika ianya dari negara Jawa Timur, pastinya menu yang dihidangkan berasaskan makanan dari negara tersebut.

Nasi ayam penyet pastinya tidak asing lagi, dan ia menjadi menu utama di restoran ini. Sangat ringkas dan mudah disediakan membuatkan pelanggan tidak perlu menunggu lama untuk menikmatinya.

Bagi yang tidak mahu makan nasi, anda juga boleh memesang sepinggan mee rojak dengan kuahnya yang pekat dan enak. Sambil berbual bersama rakan, pastinya terasa seronok dapat menikmati makan yang enak bersama-sama.

10.   Restoran Desa View

Bihun Sup @Restoran Desa View
Kredit: Facebook Restoran Desa View

Setibanya anda di kawasan Ranau, pastinya terasa dingin sejuk menyentuhi kulit anda. Terasa nyaman dan segar membuatkan anda kan berasa tenang.

Semasa cuaca yang sejuk dan dingin ini, alangkah indahnya sekiranya dapat menghirup sesuatu yang panas, agar diri tidak terasa begitu sejuk dan kaku. Restoran Desa View pastinya menjadi pilihan anda.

Menghidangkan menu berasaskan sup, pastinya dapat memberi sedikit kehangatan terhadap tubuh anda. Memang sedaplah! Anda boleh juga memesan makanan panas di sini.

Selain itu juga, nasi campur juga boleh anda pilih semasa makan tengahari. Memang kenyang makan di sini, pilihan pun boleh tahan banyak.

Macamana gaiss! Banyak bukan senarai tempat makan yang best dan boleh anda cuba tanpa was-was. Harga pun boleh tahan dan berpatutan. Jika tiba di Ranau, jangan lepaskan peluang menjamu selera di kedai makan yang tersenarai, ya!

Artikel berkaitan:
Kuliner Khas Kota Palembang Makanan ‘Rare’ Yang Perlu Korang Cuba
Biar Bonar Hat Yai Miliki Tempat Makanan Halal?

Leave a Reply

Your email address will not be published.