Airport Donegal Miliki Pemandangan ‘Landing Strip’ Tercantik di Dunia

0 Comments

Lapangan Terbang Donegal mungkin nama baru buat anda semua, kan? Namun, ianya mempunyai jalur pendaratan kapal terbang yang tercantik di dunia. Lebih tepat, landasan di Carrickfinn, Donegal yang terletak di sebuah bandar di Ireland.

Untuk tahun ke-dua berturut, Lapangan Terbang Donegal telah dipilih dalam satu undian yang dilakukan di platform PrivateFly yang menumpukan kepada sewaan jet peribadi yang melibatkan 7000 orang penumpang.

Tempat kedua pula diikuti dengan Barra Airport di Scotland dan Nice Cote d’Azur di Perancis.

Donegal terpilih disebabkan pemandangan gunung dan jalur pendaratan lapangan terbang tersebut terletak bersebelahan dengan laut. Jadi garisan pantai dan jalur pendaratan adalah selari. Memang menjanjikan pemandangan yang indah lah.

Tempat keempat di Orlando Melbourne Airport (USA) dan St Maarten yang terkenal dengan pendaratan rendah di kawasan pantai.

Setakat ni, Dang rasa paling best yang pernah tengok depan mata adalah penerbangan ke Kota Kinabalu, sebelum sampai, cer tengok belah kiri, korang akan nampak puncak Kinabalu kalau hari yang tak banyak awan… Memang cantik gaiss…

Artikel berkaitan:
8 ‘Port’ Eksotik Wajib Pergi Jika Bercuti Ke Morocco
10 Tarikan ‘Rare’ & Unik Perlu Dikunjungi Di Palembang

Leave a Reply

Your email address will not be published.