Apabila kita travel ke sesuatu tempat, sebagai pelancong sememangnya tidak lekang dari mengambil gambar untuk dijadikan sebagai kenangan. Lagi-lagi di zaman media sosial ini, masing-masing inginkan gambar terbaik untuk dimuatnaik di media masing-masing.
Namun, korang harus berhati-hati jika ke 5 negara ini kerana anda dilarang untuk snap gambar sesuka hati korang. Berikut Budak Kaca Mata senaraikan negara-negara tersebut
1. Korea Selatan
Bila anda sudah berada di negara K-Pop ini, jangan sesuka hati nak ambil gambar perempuan di Korea Selatan tau.
Ini kerana ambil gambar perempuan tanpa persetujuan mereka dianggap satu kesalahan serius. Kalau teringin cuba minta izin dulu, kalau kenalkan diri pelancong, confirm okay je… siapa tak nak ambil gmbr gadis-gadis comel kan.
2. Emiriah Arab Bersatu (UAE)
Di negara ini ada beberapa tempat yang dilarang untuk mengambil gambar seperti di istana, bangunan kerajaan dan jambatan tertentu..
Jadi, jangan gatal-gatal tangan ambil gambar di tempat-tempat ini tau, kalau tertangkap masaklah korang nanti.
3. Korea Utara
Korea Utara adalah negara yang sangat ketat dari segi peraturan dan undang-undang. Segala tindak tanduk anda diperhatikan.
Jadi berhati-hati jika mengambil gambar bila ke sini. Silap hari bulan anda boleh dipenjara. Kalau dah rakyat diorang pun dikenakan larangan yang ketat apatah lagi kita sebagai pelancong. Bila dah sampai sini, ikut sahaja apa yang dikatakan oleh tour guide anda.
4. England
England antara tempat idaman untuk pergi melancong. Kalau boleh setiap ceruk di tempat ini kita nak ambil gambar, kan?
Tapi jika anda ingin mengambil gambar di Trafalgar Square dan Parliament Square, anda perlu mendapat kebenaran daripada Datuk Bandar London terlebih dahulu.
5. Jepun
Di Jepun, anda tak boleh ambil gambar di kuil atau patung-patung sesuka hati. Menurut kepercayaan masyarakat di sana, perbuatan itu boleh mengganggu semangat patung tersebut.
Jadi beringatlah ye kawan-kawan. Sebenarnya di Malaysia pun ada juga tempat tidak boleh ambil gambar. Jika anda ke perkampungan orang asli anda memang dilarang untuk ambil gambar mereka atau sekitarnya tanpa meminta izin.
Macam ni lah kita masuk tempat orang hendaklah hormat budaya dan pantang larang mereka.
Artikel berkaitan:
Biar Bonar Ada Negara Yang Air Paipnya Selamat Untuk Diminum?
Takut Kena Sakat Ketika Bercuti? Jom Ikut 6 Tips Ini!