Bosan Cheese Sebagai Makanan? Jom Ambil Peluang Bercuti di Cheese Suite

0 Comments

Sebuah hotel bertemakan cheese telah dibuka di London dan peminat cheese dari seluruh dunia kini boleh tidur ‘beralaskan’ keju tau lepas ni!

Berkonsepkan sebuah ‘hotel pop-up’ yang mana ia dibuka hanya untuk jangka masa yang pendek, Cheese Suite merupakan sebuah hotel bertemakan cheese dan ia dibuka oleh sebuah kafe rangkaian UK iaitu Café Rouge.

Kredit: Fine Dining Lovers

Hotel bertemakan keju ini merupakan pertama yang tidak pernah lagi dibangunkan oleh mana-mana pihak dan ia terletak di Camden, London.

Tetamu yang bermalam di Cheese Suite ini akan ‘bertemankan’ cheese di setiap penjuru ruang penginapan mereka. Dari kemasan dinding, bantal, selimut, cadar, kusyen, kesemuanya bertemakan cheese.

Kredit: Verst

Selain hiasan dalaman yang mengikut tema, juga disediakan beberapa installation atau binaan khas yang direka khas untuk tetamu mengambil foto bagi dimuat naik ke laman sosial masing-masing dan sekiranya tetamu mahu menikmati cheese, terdapat satu talian khas untuk mereka dan apa sahaja jenis keju yang diminta akan dipenuhi.

Pop-up hotel ini bagaimanapun tidak dibuka untuk tempahan buat masa sekarang ini dan ia sebenarnya didirikan bagi memperkenalkan menu baru Café Rouge.

Kredit: insider

Difahamkan, ada peraduan yang dijalankan sebelum ini untuk mencari pemenang bertuah untuk bermalam di suites ini dan mereka yang terpilih bakal memenangi penginapan di Cheese Suites ini untuk satu malam.

Sembilan pemenang bertuah telah terpilih dan menurut laporan, pihak Café Rouge berkemungkinan membuka tempahan kepada orang ramai kerana sambutan yang diterima adalah sangat luar biasa. Namun, tiada sebarang pengumuman yang dilakukan oleh pihak mereka setakat ini.

Artikel berkaitan:
8 ‘Port’ Eksotik Wajib Pergi Jika Bercuti Ke Morocco
Ada Yang Ngidam Converse ‘Rare’? Jom Pergi ‘Selam’ di Kakimoto Shoten

Leave a Reply

Your email address will not be published.