Cik Gaya memang suka tempat nama-nama pelik ni, well korang yang belum ada jodoh bolehlah try pergi dekat 1 tempat ni, makan, and mana taw dapat jodoh, kan? ihiks!
Tempat ni terletak di Sabang, Indonesia, jual makanan yang Cik Gaya rasa semua orang suka, iaitu Bakso dan nama kedai ni Bakso Jodoh! Mana la tahu dtg sini tetiba dapat jodoh, ye dak?
Well, kedai dia kecil je, tepi jalan, lorong kampung dekat dengan area Sabang, Pulau Weh. Basically dia jual bakso yang simple, harga pun murah, dalam RM3.50, selain dari tu ada jual nasi soto ayam, nasi soto daging, sup ayam, sup daging dan mie pangsit.
So kalau korang nak try, of course uols semua kena fly ke Acheh, then akan mendarat di airport Bandara International Sultan Iskandar Muda.
So sebelum ke Sabang, korang boleh pusing-pusing dekat Bandar Aceh, 30 minit je korang dah boleh settle tawaf banda Aceh tu sebab bandar dia kecil dan korang pun boleh lah tengok masjid yang dulu kena tsunami.
Cantik kan masjid dia sekarang? But make sure korang yang perempuan jangan pakai seluar datang sini, sebab korang akan ditegur, ‘buk, di sini enggak boleh pakai celana’ maluu nanti.
So lepas dari sini korang kena naik feri pulak untuk ke Sabang, kalau nak cepat sampai kena bayar mahal sikit, kalau nak bajet, kena menunggu lah sikit…
Then bila dah sampai Sabang tu, kalau korang suruh supir bawa pergi ke Bakso Jodoh Super ni, memang semua akan tahu sebab tempat ni famous la uols! Semoga dapat jodoh dengan baik, bila makan tu niat banyak-banyak.
korang mungkin minat baca:
Tutorial buat dalgona mangga ni buat ramai gelak besar
Satu-satunya kafe hipster pie di Malaysia… ini tempatnya…