Kalau main kona dekat highway karak, jom singgap jap makan lemang To’Ki

0 Comments

Sekarang memang rasa susah nak berjalan tapi masih boleh buat research elok2 mana nak pegi lepas PKP ni kan? 

Satu tempat korang kena try nanti iaitu dekat Lemang To’ Ki! 

Kalau korang tengok sekali dia bakar lemang tu beratus batang. Lagi-lagi kalau hujung minggu, ramai orang singgah sebab memang sedap. So kalau datang lewat memang la kena beratur panjang. 

A person standing next to a window

Description automatically generated
jmr23.com
A person sitting at a table with a plate of food

Description automatically generated
jmr23.com

And yang Cik Gaya tahu tempat ni memang jadi port lepak konvoi-konvoi motor, sebab nak layan highway Karak tu kan. Suka la orang-orang muda ni. 

Okay, cakap pasal lemang tok ki ni, korang boleh makan kat Lemang To’ki 2 ni terletak kat Jalan Bentong – Karak.

A picture containing indoor, table, sitting

Description automatically generated
jmr23.com

Kalau korang perasan dekat tepi jalan area kedai ni, mesti bersusun kereta sebab ramai nak try makan lemang ni, and ramai jugak yang patah hati tak jadi singgah sebab terlalu ramai.

So make sure timing korang pergi tu memang okay, tak lah korang bersesak sesak nak berebut tempat dan makanan dengan orang! 

A group of people sitting at a train station

Description automatically generated
jmr23.com

Konsep di sini ialah “self service”. Ambil makanan, terus bayar dan duduk. Menu utama di sini ialah lemang. Lemang di sini adalah lemang ‘fresh’. So jangan risau korang takkan dapat lemang yg dah basi punya.

Ia juga dijual dalam set bersama rendang atau serunding dan boleh juga dibeli mengikut saiz batang. Nak beli rendang asing-asing pun boleh.

A picture containing tree, outdoor

Description automatically generated
jmr23.com

Untuk info juga, Lemang To’Ki ni, bukan sekadar ada lemang ye. Ada baaaaaanyak lagi menu lain, daripada sarapan pagi hinggalah makan malam. Yang menjadi sebutan selain daripada lemang, semestinya ayam bakar dia. Ayam ni pun dibakar panas-panas dengan perapan istimewa.

Jadi, kalau korang melalui jalan ini untuk pulang ke Kelantan atau Terengganu, bolehlah singgah menjamu selera di Lemang To’Ki ni.

korang mungkin minat baca:
Jom try makan burger ada skirt!
Tutorial buat dalgona mangga ni buat ramai gelak besar

Leave a Reply

Your email address will not be published.