Insan yang terdekat dengan kita ni biasanya adalah ibu bapa. Well macam Cik Gaya, parents ni la tempat nak borak, manja lagi2 waktu PKP ni. Tapi kalau tak ada parents macam mana?
Seorang pereka cipta bernama Simone Giertz telah menghabiskan masa kuarantin bekerja di bengkel peribadi menjadikan masalah itu sebagai salah satu projeknya. Dia telah membina mesin pengganti ibubapa yang berupaya mengucapkan penghargaan dan tahniah kepadanya.
Idea di sebalik projek tersebut adalah mudah, di mana dia hanya perlu memasukkan 25¢ (RM1.00) ke dalam mesin yang diperbuat daripada kayu itu dan ia akan bertindak balas dengan memberikan tepukan pada bahunya sambil berkata “Bangga dengan kau, anakku”.
Mesin yang dinamakan sebagai Proud Parent atau Ibubapa Bangga itu menerima pelbagai reaksi dari netizen.
“Tak ingat bila kali terakhir dengar…”
“Buat satu yang luku kepala dan cakap bodoh…”
“Buat satu dengan suara mak yang tanya ‘itu ke baju yang kau nak pakai’?”
“Bayangkan dia keluarkan lagi satu tangan dan cuba cekik kau…”
korang mungkin minat baca:
Bapa bikin surprise, buat karipap sebesar anak!
Tempat ni busuk… tapi orang nak pergi sebab cantik!