Si Bulus ‘Penghuni Tetap’ Di Hagia Sophia

0 Comments

Hagia Sophia di Istanbul, Turki, merupakan salah sebuah bangunan bersejarah yang terkenal di dunia! Tapi, korang perasan tak dalam bangunan tu ada ‘si bulus’ istimewa yang menjadi penghuni tetap di situ? 

Kredit: Hurriyet Daily News

Sebenarnya Hagia Sophia menjadi kediaman tetap kepada seekor kucing betina berbulu pendek yang bernama ‘Gli’ selama 16 tahun.

Punyalah popular dan terkenalnya Si Gli yang bermaksud ‘persatuan dalam cinta’ ini sampaikan si bulus memiliki akaun Instagramnya sendiri tau iaitu @hagiasophiacat yang kini mencecah hampir lebih 15 ribu pengikut.

Kredit: travellingcats

Akaun media sosial Gli sebenarnya ditubuhkan dan diuruskan oleh seorang pemandu pelancong di Hagia Sophia bernama Umut Bahceci. Umut memberitahu, idea untuk mencipta akaun Instagram Gli timbul selepas melihat si bulus itu pandai dan suka bergaya apabila didekati oleh para pelancong dari seluruh pelosok dunia. Jika Gli ingin bergambar atau bermain, kucing betina itu akan berdiri berdekatan pondok Muezzin.

Kredit: reddit

Namun jika dia keletihan atau sedang malas untuk bermain, Gli biasanya akan duduk bersantai sahaja di tengah-tengah lantai marmar Omphalos iaitu tempat di mana para pahlawan Byzantine dinobatkan, jadi tiada pelancong yang dibenarkan masuk melebihi garisan lantai tersebut.

Artikel berkaitan:
Airport Donegal Miliki Pemandangan ‘Landing Strip’ Tercantik di Dunia
Bosan Cheese Sebagai Makanan? Jom Ambil Peluang Bercuti di Cheese Suite

Leave a Reply

Your email address will not be published.