Ni lah yg jadi… bila manusia tidak memunculkan diri kerana terpaksa kuarantin di rumah, banyak haiwan lain mula memunculkan diri. Ini termasuklah penyu yang kembali bertelur di sarang selepas 20 tahun lamanya!
Peningkatan jumlah mendadak itu terjadi apabila pantai-pantai di Thailand tiada pengunjung berikutan sekatan pergerakan hampir sebulan lamanya.
Pantai-pantai yang dibiarkan kosong itu diambil alih semula oleh kehidupan semula jadi sehinggakan penyu Belimbing atau Leatherback mula bertelur di pantai kembali.
Sejak November tahun lalu, pihak berkuasa telah menemui 11 sarang penyu yang merupakan jumlah tertinggi dalam tempoh 20 tahun. Malah, tiada satu pun sarang penyu ditemui sejak 5 tahun lalu.
Pengarah Pusat Biologi Laut Phuket berkata ia adalah petanda yang sangat baik kerana banyak kawasan untuk haiwan membuat sarang telah dimusnahkan oleh manusia.
Ini bermakna penyu belimbing akan membiak dengan banyak pada tahun ini dan situasi tersebut membuktikan bahawa masih belum terlambat untuk alam sekitar dan planet kita diperbaiki.
korang mungkin minat baca:
Tempat ni busuk… tapi orang nak pergi sebab cantik!
Bapa bikin surprise, buat karipap sebesar anak!