Langgar arahan kuarantin akhirnya dikurung dalam rumah hantu!

0 Comments

Macam-macam cara Cik Gaya tengok pihak berkuasa gunakan supaya orang ramai tak keluar rumah waktu kuarantin ni. 

Kali ini lebih scary apabila mereka yang melanggar arahan terus dikurung dalam rumah berhantu.

Ia berlaku di Indonesia apabila 2 lelaki yang baru pulang dari bandar ke kampung di Plupuh terus dikurung dalam rumah tersebut. 

Menurut AFP, Ketua daerah Sragen, Kusdinar Untung Yuni Sukowati mengambil pendekatan berbeza untuk menghukum dan memberi pengajaran kepada mereka kerana degil. Beliau telah menerima laporan terdapat 2 warga Plupuh yang enggan dikuarantin.

Jadi beliau terus memberi arahan agar rumah hantu di tengah sawah padi itu dibersihkan untuk mengunci kedua-dua pelaku tersebut.

“Ada 2 warga di Plupuh yang sepakat dan tidak mahu kuarantinkan diri sendiri dan dijumpai berada di tengah jalan… Akhirnya, dua warga itu dimasukkan ke rumah kosong dan berhantu lalu dikunci dari luar.”

Bagaimanapun menurutnya, kedua-dua individu tersebut tetap diberi makan dan dipantau dari semasa ke semasa.

Menurutnya, sebelum ini kedua-dua mereka menandatangani surat tanda bersetuju untuk melakukan kuarantin selama 14 hari. Tapi, tak sampai 2 minggu mereka langgar perjanjian itu.

korang mungkin minat baca:
Penjara 5 bintang seperti tempat percutian
Tempat ni busuk… tapi orang nak pergi sebab cantik!

Leave a Reply

Your email address will not be published.