12 Tips Elak Jadi Mangsa ‘Scam Teksi’ Ketika Bercuti Di Luar Negara

0 Comments

Ketika bercuti ke negara asing kita perlu berjaga-jaga ketika menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam. Budak Kaca Mata telah beberapa kali terkena ‘scam taxi’ terutama di lapangan terbang untuk ke hotel.

Hari ini, BKM nak berkongsi 12 tips berdasarkan pengamatan dan pengalaman dari BKM sendiri. 

1.   Jika menggunakan perkhidmatan taxi di negara asing, pastikan ada meter dan jika tiada, nego harga dahulu sebelum naik. Apabila nego tambang pastikan harga samada ‘per person’ atau ‘per taxi’.

2.   Buat homework terlebih dahulu untuk mengetahui anggaran kos perjalanan dengan google atau bertanya kepada orang tempatan.

Kredit: universaltaxi

3.   Pastikan bag penting bersama anda dan hanya bag berat dimasukkan ke dalam boot taxi. Banyak kes di mana taxi melarikan bag yang disimpan di dalam boot bila pelanggan baru keluar dari taxi.

4.   Ambil gambar permit semasa di dalam taxi dan buatlah aksi berwelfie dengan pemandu taxi untuk merekod wajah beliau. Dengan cara ini pemandu taxi akan berhati hati untuk menipu.

5.   Guna maps.me untuk panduan semasa menaiki taxi agar pemandu tahu yang anda menggunakan GPS. Kebiasaan pemandu tidak akan menipu dengan melalui jalan jauh untuk menaikkan kos perjalanan jika dia mengetahui anda menggunakan GPS.

6.   Gunakan kupon taxi di airport jika ada. Walaupun harganya mahal sedikit tetapi tiada penipuan akan berlaku.

7.   Trick biasa pemandu taxi adalah tiada duit kecil (loose change) agar anda memberi duit baki sebagai tip. Bawalah duit kecilan walaupun agak susah terutama nya apabila baru sampai ke negara baru. Bawa banyak USD1 sebagai duit picisan.

8.   Gunakan perkhidmatan taxi yang ternama seperti Bluebird di Indonesia atau Vinasun Taxi di Ho Chi Minh city.

9.   Ada pemandu taxi yang tidak tahu tempat ke destinasi selepas anda menaikinya. Pastikan anda gunakan waze, google maps atau maps.me untuk mendapat panduan dan ‘mengajar’ pemandu tersebut.

10.   Pastikan meter taxi dikosongkan sebelum memulakan perjalanan. Tegur pemandu jika dia terlupa atau disengajakan.

11.   Bayar tambang taxi setelah semua bag dikeluarkan dari boot kereta sahaja. Jika ada masalah, ambil gambar dia dan nombor pendaftaran taxi dengan phone dan jerit ‘Polis’.

12.   Tunjuk dan sebut denominasi duit note kepada pemandu sebelum membayar agar tidak tertipu dengan scam silap mata pertukaran duit.

So gaiss, nanti dah dapat travel semula ke luar negara, jangan lupa ikuti tips ni… sememangnya banyak membantu bagi mengelakkan korang ditipu oleh pemandu teksi.

Artikel berkaitan:
10 Tempat Makan Yang Halal & Tidak Kaleng-Kaleng di Pulau Tioman
10 Tempat Makanan ‘Meleleh Air Liur’ di Ranau

Leave a Reply

Your email address will not be published.