Pulau Tioman ada tempat ‘rahsia’ korang perlu explore

0 Comments

Sebut sahaja Pulau Tioman, mesti korang akan bayangkan pasir pantai yang berwarna putih selain lautnya biru kehijauan. Tapi sebenarnya Pulau Tioman bukan ada tu je, sebab ada tempat ‘rahsia’ yg mungkin korang tak pernah tahu sebelum ni. 

Iaitu lokasi merentas hutan antara denai menghubungkan Kampung Tekek dan Kampung Juara.

Untuk aktiviti ini, korang boleh menyewa kenderaan pacuan empat roda, tapi kalau ingin menikmati pemandangan kehijauan sekitar pulau, lebih baik korang merentas hutan.

Pada mereka yang pertama kali melalui laluan belukar itu, sebaiknya korang menggunakan perkhidmatan pemandu pelancong tempatan kerana mereka lebih arif.

Pemandu pelancong tempatan yang hanya mahu dikenali dengan panggilan Pak Lan berkata, hutan itu menjadi habitat pelbagai spesies cicak gergasi.

Atas faktor itu, ia menjadi tarikan pengunjung seluruh dunia untuk bergambar dengan spesies cicak yg bukan sahaja memiliki warna cantik malah boleh terbang ke pokok-pokok.

Jika bernasib baik spesies haiwan lain yang boleh ditemui ialah tupai gergasi, monyet ekor panjang dan pelanduk selain spesies bunga terbesar rafflesia.

Perjalanan merentas hutan biasanya memakan masa setengah hari bagi perjalanan sekitar empat kilometer termasuk persinggahan ke destinasi air terjun Kampung Juara untuk bermandi-manda.

Persiapan bagi menyertai aktiviti terbabit perlu mengenakan pakaian sesuai lengkap berkasut. Bekalan lain ialah baju persalinan untuk mandi selain air dan kudapan untuk mengalas perut sepanjang perjalanan.

Sumber: Harian Metro & Kredit Gambar: Swiss Cottage & Visit Malaysia

korang mungkin minat dengan artikel ni…

Tempat ‘rahsia’ untuk tengok kapal terbang atas kepala

Belum jumpa jodoh? Ha ce try makan kat sini…

Leave a Reply

Your email address will not be published.