Terkenal Sebagai Syurga Manisan, 10 Pastri Wajib Beli Jika Ke Bandung

0 Comments

Siapa yang pernah bercuti ke Bandung, Indonesia tentunya sedia maklum bahawa makanan di kota yang diberi jolokan ‘Paris Van Java’ atau Paris di Tanah Jawa itu semuanya sedap-sedap belaka dan murah harganya!

Buat pengetahuan semua, Bandung juga sebenarnya merupakan ‘syurga manisan dan pastri’ yang rugi kalau korang tak cuba atau beli sebagai cenderamata untuk keluarga atau kenalan korang. Berikut 10 manisan, kek dan pastri yang wajib korang cuba kalau melancong ke Kota Bandung!

1.   Kue Balok

Kredit: Shopee

Wajib makan kueh ni bila ke Bandung. Dekat tepi-tepi jalan pun ada dijual cuma yg paling famous ialah jenama Mahkota. Kue balok teksturnya super empuk, dicampur dengan lelehan isi coklat. Ala, macam lava cake versi Indon. Tahan sehingga 5 hari dalam suhu bilik dan 7-8 hari dalam peti sejuk.

Terletak di Cihapit, kedai Kue Balok Mahkota ini berjarak 3 kilometer dari Kota Bandung. Nak pergi sini korang kena plan awal kalau tak beratur panjanglah korang! Kedai buka jam 9 pagi, kena ambil no giliran dan kalau tak bernasib baik, balik dengan tangan kosong!

2.   Bandung Makuta

Kredit: Shopee

Perniagaan kek pastri pelbagai perisa ini dimiliki oleh Laudya Cynthia Bella yang juga merupakan pelakon terkenal di Indonesia. Mesti ramai yang familiar dengan Makuta ni. Ketahanan Bandung Makuta pula 3-5 hari suhu bilik & 7 hari jika disimpan dalam peti sejuk.

Terdapat 4 cawangan di Bandung. Di kedai-kedai lain pun ada jual juga, cuma harganya mahal dalam Rp.3000. Kalau walk-in kedai official harga dalam Rp.67500 ke Rp.78500.

3.   Brownies Stim

Kredit: Grabfood

Rasa biasa je kan, ala brownies je pun. Boleh buat sendiri. Tapi belum cuba belum tahu! Ada 2 jenama Brownies terkenal, Amanda dan juga Kartika Sari. Dua-dua sedap. Amanda banyak pilihan perisa yang lain dari yang lain. Ada Blueberry, Tiramisu, Sarikaya Pandan & Cheese.

4.   Pisang Salai

Kredit: shopee

Indonesia ni sama juga macam Malaysia pun. Kalau boleh semua makanan nak ada perisa cheese, termasuklah Pisang Salai di Bandung.

Ada perisa original, cheese, chocolate. Memang banyak yang jual pisang salai ni, pergi je ke mana-mana kedai yang menjual cenderamata atau ole-ole.

5.   Bandung Kunafe

Kredit: grabfood

Suka betul Budak Kaca Mata rasa orang Bandung ni buat kek kan. Kreatif pun ye. Bandung Kunafe ni sebenarnya macam Japanese Cheese Cake yang diolah ke macam-macam perisa. 

Teksturnya memang lembut, antara perisa yang ada ialah Kunafe Chocolate, Greentea, Durian pun ada ya! Harga pula kalau tak silap dari Rp.87500.

6.   Bolu Susu Lembang

Kredit : Tokopedia

Kek ini dinamakan Bolu Susu Lembang bagi memperkenalkan sendiri wilayah Lembang yang terkenal dengan penternakan lembu. 

Terdapat tiga perisa iaitu Original, Susu Vanila dan juga Susu Coklat. Ketahanan Bolu ialah 3 hari pada suhu bilik dan lebih 7 hari jika disimpan dalam peti sejuk.

7.   Almond Crispy Cheese

Ini antara manisan yang menjadi pilihan ramai jika ke Kartika Sari. Sebab tu ada yang cakap duit memang boleh habis kalau masuk ke kedai ini. Haha… 

Didatangkan dengan 3 pilihan perisa iaitu original, chocolate dan greentea. Rasanya ya ampun bukan kaleng kaleng dong. Ni kalau tak sedar sambil tengok Netflix dah habis ni!

8.   Pisang Bollen

Kredit: shopee

Rasanya yang wow pasti buat korang teringat-ingat dengan pisang bollen ni. Ia merupakan pastri yang berintikan pisang & cheese. Ada perisa coklat & durian. 

Satu kotak ada 10 pisang bollen dan ia boleh tahan sehingga 4 hari dalam suhu bilik. Boleh didapati di Kartika Sari dan ianya dibuka seawal jam 6.30 pagi tau!

9.   Banana Crispy

Kredit: shopee

Nampak je pun dh kecur air liur ni. Pisang yang dibaluti puff pustry, cream custard dan ditaburi coklat cip serta direnjis-renjis dengan hirisan keju fuhhhh… tengok la potongan isi dalam dia. Padat! Harga dalam Rp.52500 untuk kotak macam dalam gambar.

10.   Bagelen

Kredit: shopee

Bagelen ini antara yang paling laku keras dan menjadi kegemaran ramai sebab rasanya memang sangat sedap! Ada 4 perisa yang sangat popular iaitu Butter, Cheese, Mocha & juga Almond. Ehhh rugi la kalau tak rasa bila ke Bandung. Tahan sehingga 9 bulan lamanya tau!

Macamana gaiss! Ada yang teruja ke tu. Disarankan korang pergi shopping ole-ole di Kartika Sari, Bandung ini pada hari terakhir sebelum terbang balik ke Malaysia.

Lama sikit untuk kek dan pastri korang bertahan dan bolehlah bagi buah tangan kepada keluarga dan rakan-rakan.

Artikel berkaitan
6 Tempat Makan Halal Wajib Anda Singgah di Bangkok
Nampak Pelik Tetapi Sosej Kemboja Memberi Rasa Yang Memukau

Leave a Reply

Your email address will not be published.