5 Jenis Scammer Bakal Buat Anda Terlopong Ketika Travel di Prague

0 Comments

Prague yang merupakan bandar terbesar di Republik Czech pada awalnya agak kurang dikenali dek kerana namanya tenggelam dengan bandar-bandar yang lebih gah dan popular namun kini ia semakin dikenali pelancong dunia kerana keindahan bandar serta pemandangannya yang memukau.

Namun begitu, keindahan bandarnya tidak menjamin keselamatan anda di sana, terutamanya apabila berdepan dengan sindiket penipuan licik. Jadi, hari ini Dang Sari akan senaraikan lima jenis ‘scam’ yang boleh anda temui semasa di Prague.

1.   Peminta sedekah OKU

Scam Di Prague 2

Jika di Malaysia, kelibat peminta sedekah di kawasan awam merupakan pemandangan biasa yang sering kita lihat, ini sebenarnya tidak jauh bezanya dengan apa yang berlaku di Prague.

Seorang peminta sedekah wanita di sana didapati telah berpura-pura sebagai orang kurang upaya atau OKU demi mendapatkan wang namun helahnya terbuka apabila penipuannya dirakam oleh CCTV di tempat awam.

2.   Aktiviti atas nama kebajikan

Scam Di Prague 6

Di tengah kawasan bandar pula, ada satu aktiviti iaitu ‘bergayut’ pada bar besi dalam tempoh masa tertentu dan jika anda berjaya wang yang anda pertaruhkan di awal permainan boleh anda menangi dengan kadar lima kali ganda!

Namun sebenarnya, ianya memang telah dirancang daripada awal agar tiada yang akan berjaya tau. Setiap kali seorang peserta yang mengambil bahagian tidak berjaya, lelaki yang mengacarakan majlis tersebut akan berpura-pura membersihkan bar berkenaan.

Sedangkan hakikatnya beliau sedang ‘melonggarkan’ nat yang memegang besi berkenaan agar menyukarkan peserta yang bergayut pada bar berkenaan.

3.   Tiada wang isi minyak

Di Malaysia, taktik ini sudah menular gais namun ianya masih tidak popular seperti di Prague. Di negara ini, mereka akan memberikan alasan sama ada dompet mereka tercicir atau hilang dan meminta sejumlah wang demi untuk mengisi tangki minyak.

Bagi meyakinkan mangsa, mereka akan sertakan sekali kad perniagaan dan ‘cincin emas’ sebagai tukaran. Kebanyakan daripada pemangsa memberitahu merupakan hartawan kaya yang berasal daripada Timur Tengah seperti Dubai.

4.   Ambil Gambar Secara Paksa

Scam Di Prague 4

Jika ada yang menawarkan burung kepada anda atau secara tiba-tiba meletakkan haiwan di tangan atau bahu anda untuk dirakamkan dalam bentuk gambar,hati-hati dan sila jangan percaya ianya adalah percuma.

Menggunakan taktik ramah mesra, mereka akan menyuruh anda dalam keadaan sedikit memaksa dan kemudiannya memeras anda dengan agresif sejumlah wang yang tidak masuk akal sebagai yuran ‘meminjamkan’ burung tersebut untuk rakaman kenangan.

5.   Penukaran duit kecil

Scam Di Prague 3

Taktik yang sama juga berlaku di Malaysia. Selepas anda mengeluarkan wang dari mesin ATM, akan ada individu yang dengan ramahnya bertanyakan sama ada anda mahu menukarkan wang anda kepada nilai yang lebih kecil.

Daripada memberi anda tukaran wang kecil Czech, mereka akan menyerahkan wang Belarusian ruble yang sudah tamat tempoh dan tidak bernilai.

Jika korang ada kenalan atau keluarga yang akan ke sana, sebaiknya ingatkan mereka ini mengenai lima penipuan biasa di sana agar dapat melindungi diri daripada perkara-perkara yang tidak diingini.

Artikel berkaitan:
Cara Buat Sushi Ikut ‘Tekak Melayu’
Terkenal Sebagai Syurga Manisan, 10 Pastri Wajib Beli Jika Ke Bandung

Leave a Reply

Your email address will not be published.