Cameron Highlands Kini Miliki Penginapan Berkonsep ‘Treehouse’

0 Comments

Tahukah anda bahawa anda dapat menginap dan berehat di sebuah treehouse yang sebenar di Cameron Highlands? Bunyi macam menarik bukan? 

Tersembunyi di Brinchang, Cameron Highlands, Terra’s Treehouse merupakan rumah pokok yang dibina oleh Orang Asli dan ia mempunyai ciri rumah yang dibina dengan bahan-bahan semula jadi seperti buluh dan nipah (atap).

https://www.makanlena.com/app/uploads/2018/07/b3-2.jpg
Kredit: Facebook Terra’s House

Untuk sampai ke Terra’s Treehouse anda perlu menaiki 4 wheel drive yang disediakan dan kemudiannya mendaki lagi 400 meter. Walaupun kedengaran mencabar, udara segar serta pemandangan hijau yang superb akan menjadi ganjaran buat anda. Jadi, anda jangan bawa beg besar- besar pula.

Terdapat 6 jenis treehouse yang boleh anda pilih dan setiap rumah berjarak 100m dari satu sama lain. Setiap rumah pokok dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuklah sebuah katil, kamar mandi yang bersih dan selesa, dan pemanas air. Anda juga disarankan untuk membawa kelengkapan mandi dan tuala sendiri. Elektrik pula hanya terhad dari jam 6.30 petang sehingga 10.30 malam.

Tetamu juga akan dihidangkan dengan makanan pagi dan tengah hari di Community Hall (CH). Mereka menyediakan makanan sihat dan organik di mana bahan-bahan masakannya semua didapati fresh dari ladang milik Terra’s Treehouse ini.

Jika anda ingin menerokai hutan di sekitar treehouse ini, jangan lupa bawa botol air kerana air sungai atau mata air di sini sangat bersih, jernih dan boleh diminum begitu sahaja.

Seperkara lagi, mustahil lah kalau tidur di hutan tanpa kehadiran kawan-kawan karib kita iaitu nyamuk! Jangan risau, pihak penginapan menggunakan khidmat pengasapan menggunakan arang dan vanila sekali seminggu untuk menghalau nyamuk dan memberikan anda tidur yang lebih lena.

Apa tunggu lagi? Rehatkan minda dan jiwa anda di Terra’s Treehouse, Cameron Highlands lepas PKP nanti!

Artikel berkaitan:
Si Bulus ‘Penghuni Tetap’ Di Hagia Sophia
Unik! Sepasang Tangan Gergasi Memegang Jambatan Emas di Vietnam

Leave a Reply

Your email address will not be published.