Malaysia pun ada floating market!

0 Comments

Bagi yang suka berjalan-jalan dan ingin merasai sendiri pengalaman membeli-belah di pasar terapung, pasti lokasi seperti Hatyai dan Bangkok di Thailand ataupun Kalimantan dan Bandung di Indonesia menjadi destinasi wajib dalam list travel’ korang.

Hatyai Floating Market
Bangkok Floating Market
Bandung Floating Market
Kalimantan Floating Market

Tapi tahu tak sebenarnya Malaysia sendiri pun dah ada pasar sama yang berupa deretan bot-bot kecil diparkir di tepi-tepi sungai  dan menjual pelbagai jenis makanan, minuman dan barangan seperti di negara-negara jiran itu.

Bukan hanya satu, malah dua Floating Market!

Kedua-dua pasar terapung itu terletak di Negeri Kelantan iaitu di Pulau Suri, Tumpat dan Pengkalan Datu, Pengkala Chepa.

Sebenarnya kedua-dua pasar terapung ini telah beroperasi sejak tahun 2016 dan 2017 lagi.

Namun begitu, pihak Tourism Malaysia difahamkan sedang giat mempromosikan pasar berkenaan sebagai produk pelancongan terbaru Kelantan, di samping membantu penduduk setempat menjana pendapatan lumayan hasil daripada jualan.

Jom kita tengok apa istimewanya kedua-dua pasar terapung ini.

Pantai Suri Floating Market

Kita mulakan dengan Pasar Terapung Pulau Suri di daerah Tumpat.

Pasar ini dilancarkan pada 17 September 2016.

Ia dibuka setiap hari Sabtu bermula pukul 8 pagi hingga 3 petang.

Di sini terdapat 10 buah bot yang menjual pelbagai jenis juadah Kelantan seperti jeli kelapa, gula melaka, madu, nasi berlauk, aneka kuih tradisional, kerabu nipah, buah nipah segar dan lokan bakar.

Istimewanya, di pasar ini juga menawarkan pakej “River Cruise” dengan harga antara RM5 hingga RM15 seorang bergantung kepada pilihan bot yang ingin dinaiki untuk bersiar-siar menelusuri sungai yang ada di daerah Tumpat.

Pengkalan Datu Floating Market

Pasar terapung kedua yang ada di negeri Cik Siti Wan Kembang ialah di Pengkalan Datu, Sering, Pengkalan Chepa yang juga dikenali sebagai ‘Pasar Tani Pelancongan’.

Ia mula dibuka kepada orang ramai pada 9 September 2017.

Juga beroperasi hanya pada setiap hari Sabtu bermula pukul 8 pagi hingga 2 petang.

Kredit: People.Who.Talk.

Selain makanan dan barangan, rata-rata pengunjung ke sini adalah bagi mendapatkan pelbagai jenis hidupan laut segar yang baru ditangkap nelayan.

Pasar terapung yang hanya 7 kilometer dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa dan 10 kilometer dari Kota Bharu ini juga bakal dimeriahkan lagi dengan pembinaan chalet-chalet dan penternakan ikan dalam sangkar.

Korang mungkin minat baca:
Jom try makan burger ada skirt!
Tutorial buat dalgona mangga ni buat ramai gelak besar

Leave a Reply

Your email address will not be published.