Ini lokasi rare di dunia yang jarang diterokai manusia

0 Comments

Kalau korang rajin tengok beberapa movie waktu pkp ni, mesti korang terfikir sama ada tempat ni betul-betul wujud atau hanya sekadar dibuat menggunakan grafik sahaja. 

Well guys, ada beberapa tempat yang rare korang boleh pergi untuk lawati sebab terdapat beberapa lokasi yang tidak ramai diterokai para pelancong. 

Pada yang suka cabaran dan lebih ekstrim, korang boleh pergi ke tempat ni: 

Crooked Forest, West Pomerinia, Poland

Pelbagai jenis pokok yang bengkok korang boleh lihat di sini. Ia berhampiran dengan bandar Gryfino di Western Poland. Pemandangan pokok-pokok ini kelihatan pelik kerana struktur yang agak condong. Hutan ini mempunyai kira-kira 400 pokok pain dengan 90 darjah dari akar. Ada yang berpendapat ianya berlaku akibat tarikan graviti pada kawasan itu.

Forest of Knives, Madagascar

Hutan batu kapur ini sangat nyata, korang mungkin fikir ia datangnya dari filem sahaja. Gabungan batu dan pokok secara semulajadi terhasilnya hutan puncak  batu yang bergerigi dan daun yang kering.

Red Sea Beach, China

Salah satu tempat yang menarik jika korang berkunjung di China. Pastinya akan lebih hebat apabila tiba pada bulan September kerana tanah akan bertukar menjadi warna merah. Tempat ini menarik kerana lebih dari 200 spesies burung hijrah dari Australia ke Asia. Para pelancong nikmati keindahan ini di sebuah jambatan kayu yang dibina khas di atas air.

Homebush Bay, Australia

Terletak di tengah-tengah teluk bernama SS Ayrfield, ia digunakan pada perang dunia pertama suatu ketika dahulu. Sebuah syarikat minyak membelinya pada tahun 1950-an dan memutuskan untuk parkir kapal tersebut di tengah teluk itu sehinggalah ia terbengkalai di situ. Kini ia menjadi sebuah pulau buatan manusia untuk kunjungan pelancong dan dipenuhi dengan tumbuhan liar dalam dan luar kapal tersebut.

Psychedelic Salt Mines In Yekaterinburg, Russia

Jangan tertipu apabila memasuki lombong garam ini. Once korang masuk sini sini, mesti korang terfikir macam mana ia boleh terbentuk sedemikian rupa. 

Gua-gua ini dengan corak adalah semulajadi. Kecantikan semulajadi ini disebabkan oleh karnitit, yang dikenali sebagai mineral yang mencipta swirl berwarna-warni. Masa untuk membuat rumah yang terbuat dari batu dan campurkan dengan karnitit!

Menara Terbalik Quinta de Regaleira, Portugal

Terletak di estet di Sintra, Portugal. Tanpa keraguan dengan keindahan di luar dan dalamnya tempat misteri ini seolah-olah hidup. Pastinya ada yang tertanya sama ini benar atau rekaan. Jawapannya kalau korang pernah pergi pasti ada jawapannya.

korang mungkin minat baca:
Sungai Melaka kembali jernih seperti Venice dan Itali!
Destinasi menarik korang boleh kunjungi pada bulan puasa

Leave a Reply

Your email address will not be published.