5 Hotel Dengan Rekaan Unik Yang Wajib Anda Kunjungi

0 Comments

Bila kita travel, adakalanya kita ingin juga menginap di hotel-hotel yang menarik dan luarbiasa kan? Hari ini Budak Kaca Mata akan tunjukkan 5 buah hotel dengan rekaan yang menarik sebagai pilihan anda.

1.   Snow Village, Finland

Kredit: Forbes

Ini adalah hotel ais yang bertemakan drama fantasi Game of Thrones, dibuka di Kittila, Finnish Lapland. Difahamkan hotel yang berkeluasan 20,000 kaki persegi ini akan diperkemaskan setahun sekali apabila suhu mencapai -10°C iaitu sekitar bulan Oktober hingga November.

Keseluruhan rekaan dalaman hotel ini termasuk ruang bilik dipenuhi dengan karakter drama tersebut. Sesuailah kepada peminat Game of Thrones yang ingin merasai sendiri tinggal di dalam suasana drama tersebut.

2.   Shipwreck Lodge, Africa

Kredit: tripsadvisor

Shipwreck Lodge amat sesuai untuk anda yang gemarkan suasana yang penuh pengembaraan. Reka bentuk luaran yang diinspirasikan daripada rangka kapal yang tersadai di pinggiran pantai.

Penginapan ini terletak di Skeleton Coast Park, Namibia ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti restoran, ruang tinjau, bar, kolam renang dan Wi-Fi. Terdapat 8 bilik katil berkembar atau katil bersaiz queen dan 2 family tent sesuai untuk kapasiti berkumpulan.

3.   No Man’s Fort, Portsmouth

Kredit: visit portsmouth

Bagi anda yang mendambakan ketenangan dari hiruk pikuk kota, No Man’s Fort lokasi terbaik untuk anda. Untuk sampai ke sini anda perlu menaiki kapal yang merupakan antara salah satu pengangkutan untuk membawa penginap selain daripada helikopter.

Hotel ini pada asalnya merupakan kubu pada era Victoria yang berfungsi demi mempertahankan Portsmouth daripada serangan musuh. 

Kini kubu ini bertukar menjadi hotel mewah yang mempunyai 22 bilik pelbagai jenis, penthouse yang dilengkapi dengan rumah api, kelab malam, kolam air panas dan arena hiburan pancaran laser. Penginap akan menikmati 360° pemandangan laut.

4.   Sheraton Huzhou Hot Spring Resort, China

Kredit: pinterest

Hotel yang diberi gelaran ‘Hotel Donut’ ini terletak di Tasik Taihu antara Nanjing dan Shanghai. Hotel hasil rekaan Ma Tansong, arkitek yang pernah bekerja bersama Zaha Hadid di London. Daripada 27 tingkat, 2 tingkat hotel ini terletak di dasar bangunan iaitu dalam tasik tersebut.

Ciri yang paling signifikan dari hotel ini ialah kemasan siling yang mewah, lantai lobi yang dihiasi dengan batu marmar putih dari Afghanistan dan batu marmar Tiger’s Eyes dari Brazil.

5.   Hotel Marques De Riscal, Sepanyol

Kredit: carrotandtigers

Marques De Riscal merupakan satu-satunya hotel binaan arkitek Frank Gehry yang terletak di tengah-tengah ladang anggur wain Rioja. Binaan jaluran ‘ribbon’ gergasi yang berwarna keunguan merupakan ciri signifikan hotel ini.

Restoran dan bar terletak di bangunan yang berasingan bersebelahan dengan bangunan utama. Penginap akan disajikan dengan pemandangan ladang anggur di sekeliling bangunan tersebut.

Artikel berkaitan:
Mexico Tawar Pelancongan Melawat Muzium Dasar Laut
Moh Cuba 4 SkyWalk Ini Yang Bikin Anda Ketaq Lutut

Leave a Reply

Your email address will not be published.