Gara-gara tamatkan awal lockdown, Jepun alami gelombang kedua Covid-19

0 Comments

Walaupun kita dah diberi kelonggaran dengan bersyarat dalam tempoh PKP ni, korang jangan pasang angan-angan dulu untuk fly ke Jepun dalam masa terdekat ni. 

Sebab Jepun tengah dilanda krisis yang kritikal gais! Ini kerana sebuah wilayah utara Jepun mengalami gelombang kedua jangkitan Covid-19 yang dikatakan boleh menjadi darurat jika tidak dibendung dengan lebih awal. 

Pulau Hokkaido sebelum ini disebut sebagai model bagaimana mereka mengendalikan penyebaran virus ini. Tetapi gelombang kedua telah berlaku di kawasan tersebut kerana perintah “lockdown” yang ditamatkan terlalu awal.

Hokkaido menamatkan perintah “lockdown” pada 19 Mac yang lalu di mana semua perniagaan dan sekolah kembali dibuka semula.

Namun, 26 hari selepas itu pihak berkuasa mengumumkan perintah “lockdown” semula selepas menerima 135 kes baru hanya dalam masa seminggu saja.

Peningkatan kes dikesan selepas “Sapporo Snow Festival” yang diadakan pada awal bulan lalu.

Festival tersebut diadakan di kawasan luar tetapi mereka terlepas pandang beberapa aspek.

Pengunjung bukan ke sana semata-mata untuk melihat patung ais malah mereka bergerak ke restoran, hotel, menaiki pengangkutan awam yang membawa kepada pengumpulan beramai-ramai.

Kerajaan Jepun kini bercadang untuk melanjutkan lebih lama lagi tempoh “lockdown” selepas gelombang kedua yang kembali melanda Hokkaido.

korang mungkin minat baca:
AS cadang ‘hantar malaikat maut’ halang penduduk keluar rumah
Malaysia pun ada floating market!

Leave a Reply

Your email address will not be published.